Antara beradab dan biadap

1
14

Penulis berkesempatan berkunjung ke dua buah negara dalam tempoh dua minggu baru-baru ini. Minggu lalu di ibu kota Thailand, Bangkok dan minggu ini di salah sebuah negeri tertua di Indonesia iaitu Jogjakarta. Bukan mahu berbicara mengenai daerah atau pembangunan industri pelancongan di sana sebaliknya tertarik untuk berkongsi kisah perbezaan adat santun antara negara rumpun kita Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Tiga negara tiga budaya, mungkin ada perbezaan fahaman dan lingua franca seharian namun rumpun yang menyatukan kita bertiga adalah adat dan santun. Elemen yang sering diletakkan kepada penduduk Malaysia yang rata-ratanya berbangsa Melayu sebenarnya.

Tidak adil bukan untuk membuat membanding-bandingkan kerana latar terbentuknya sesebuah negara atau tanah jajahan itu berbeza-beza. Namun, peredaran masa itu jelas sekali menjadikan kita negara serumpun ini sebagai satu komuniti yang saling bergantungan dan punyai kebersamaan. Penulis tertarik untuk berkongsi kisah mengenai perbezaan budi bahasa kita (warganegara Malaysia) dan bangsa asing dalam konteks situasi serupa.

friendly receptionist

1. Layanan orang kita (Malaysian) kepada warga asing di tempat sendiri (Malaysia)

Sepulangnya penulis dari dua negara jiran itu, penulis dijamu dengan pekik petugas wanita berhijab jingga kepada seorang penumpang asing yang bertanyakan arah. Ditanyanya berhemah, dibalasnya penuh angkuh beradun riak wajah benci. Barangkali penumpang itu mengganggu klimaks perbualan antara petugas itu dan seorang lagi petugas wanita lain yang melekat di bibir kaunter dari luar.

Tak padahal tugasnya, tiada langsung senyum selalu petugas kaunter informasi (yang menerangkan dan menyalurkan maklumat tepat kepada pelanggan), ditengking pula individu yang membutuhkan khidmatnya.

2. Layanan orang kita (Malaysian) sesama kita di tempat sendiri (Malaysia)

Kedua, situasi di kaunter tiket bas untuk perjalanan dari KLIA 2 ke KL Sentral. Penulis hanya mengambil jalan yang menjimatkan untuk pulang ke ibu kota ketika itu dan kali ini berdepan sendiri perangai sombong petugas sana.

Tiada senyum malah dicampak pula tiket selepas cetak kepada pembeli. Langsung ke kaunter bersebelahan untuk bercanda tawa.

3. Layanan orang asing kepada warga asing di tempat mereka

Penulis sempat berkunjung ke daerah terpencil di Gunung Kidul iaitu pantai belah timur Jogjakarta sehari sebelum pulang ke tanah air. Selain meredah belantara, penulis juga menawarkan diri kepada jurupandu untuk berjalan kaki ke arah destinasi dituju tanpa perlu bersusah payah menaiki kenderaan.

Ingin dikongsikan, kebanyakan penduduk di daerah tersebut masih bergantung pada kehidupan konservatif seperti bertani, bercucuk tanam dan mencari hasil hutan.

Sepanjang berjalan, penulis beberapa kali terserempak dengan penduduk sana yang kebanyakan berbahasa pekat jawa. Menariknya, tidak kira tua muda mereka tetap mengukir senyum walau tidak pandai melanjutkan konversasi. Setidaknya senyum!

Ada yang menegur, bertanyakan seandainya penulis memerlukan bantuan untuk dihantar ke lokasi tersebut.

4. Layanan orang asing sesama mereka di tempat mereka

Pulang juga mereka masih murah senyum walau terukir penat pada wajah. Mereka sesama sendiri tetap bertegur sapa.

“Monggo mas, monggo mbak,” luncur bicara pemandu kenderaan penulis. (bermakna: permisi atau izin lalu abang, kakak)

Lantas dibalas: “ngeh” (yang membawa makna iya)

***

Itu beza budaya bertegur dan menyapa kita dengan bangsa asing selaku negara membangun yang tinggal empat tahun lagi menggapai Wawasan 2020.

Mungkin tidak adil untuk penulis membandingkan layanan orang luar kepada pelancong asing namun berbalik pada situasi serupa, masihkah ada secuit adab sopan sesama kita sendiri di negara sendiri iaitu Malaysia? Minda ada? Fikir!

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini