ANGGOTA Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan boleh digugurkan dan digantikan dengan anggota Parlimen lain yang lebih layak, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ujar beliau, urusan melantik menteri-menteri Kabinet bukanlah satu tugas mudah dan pastinya tidak akan ada Kabinet yang sempurna serta tidak sunyi daripada kritikan orang ramai.

Memang tidak ada perfect Cabinet. Sentiasa ada saja cacat celanya. Kita pilih macam mana pun ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ni pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi nak satisfy everybody (puaskan hati setiap orang) pun tak mungkin.

Jadi kita akan cuba. Kalau (prestasi) tidak satisfactory (memuaskan), kita kena gugur dan kita pilih lain. Tetapi kita kena bagi peluang supaya ramai orang baharu masuk (menyandang jawatan dalam Kabinet) dan wanita pula, tuntutan mereka kita kena ambil kira. Jadi, tak mudah mengisi jawatan Kabinet,” katanya.

Beliau bercakap kepada wartawan selepas upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini