Aiskrim boleh sebabkan kematian

0
3

MUNGKIN anda patut berhenti daripada menikmati aiskrim buat masa ini. Sebuah syarikat pengeluaran aiskrim dari Ohio, Amerika Syarikat, Jeni’s Splendid menarik balik kesemua produknya kerana bimbang ia dicemari oleh Listeria monocytogenes yang didapati daripada sampel rawak.

Anda mungkin berfikir,”Oh, perkara ini pasti berlaku dari masa ke masa,” sebelum anda membuang kesemua stok aiskrim dalam peti sejuk beku di rumah. Namun, sebelum Jeni’s Splendid menarik kembali produk mereka, syarikat aiskrim Blue Bell turut berbuat perkara yang sama. Ya, aiskrim cuba untuk membunuh anda.

Jadi, apakah Listeria monocytogenes? Menurut Jeni’s:

Listeria monocytogenes ialah organisma yang boleh menyebabkan jangkitan maut dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu melemahkan sistem imunisasi bagi orang dewasa. Golongan dewasa yang dijangkiti Listeria boleh mengalami demam panas, sakit kepala, kekejangan, loya dan cirit-birit. Manakala, kaum wanita yang sedang mengandung juga boleh mengalami keguguran.

Listeria sering dikaitkan dengan produk susu mentah, keju lembut dan aiskrim, walaupun turut didapati dalam daging mentah dan sayur-sayuran. Dan kebanyakan pengguna berasa sungguh terkejut dan panik apabila mendapat tahu tentang perkara tersebut:

Jadi, hati-hati dan cuba elakkan daripada menikmati aiskrim dalam masa terdekat ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini