Abadikan bau individu yang telah mati sebagai minyak wangi

0
8

KAJIAN menunjukkan bauan mampu menjelmakan semula memori yang tertanam dalam minda. Justeru, seorang usahawan dari Perancis, Katia Apaletegui bakal menlancarkan sebuah syarikat yang menjadikan bau orang yang telah meninggal dunia sebagai minyak wangi.

Bagaimanakah ia dihasilkan? Selepas barang-barang peribadi si mati, seperti baju dan sarung bantal dikumpulkan, ahli kimia dari Universiti du Havre mengasingkan bau badan manusia (yang biasanya terdiri daripada ratusan molekul) dan diubah menjadi wangian.

Tujuan asal pengenalan minyak wangi yang diekstrak daripada bau badan individu yang telah mati adalah bagi membantu waris yang tinggal terus menjalani hidup. Katia berkata, dia mahu menyediakan satu saluran baharu mengenang orang yang telah pergi selain melihat gambar dan menonton rakaman video.

Katia bercadang untuk melancarkan syarikatnya itu pada bulan September depan. Apabila syarikat tersebut telah beroperasi, anda boleh mendapatkan minyak wangi yang ditempah khas pada harga AS$ 600 sebotol.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini