BARU-BARU ini berlakunya kekecohan di media sosial berkenaan program Nothing To Hide anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Difahamkan, objektif program itu adalah untuk merungkai persoalan lazim politikus Pakatan Harapan, misalnya 1MDB, GST dan sebagainya.

CELAH GELEGAR

Namun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut diundang tidak hadir. Bahkan tiada seorang pun kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) menunjukkan muka. Difahamkan, mereka sedang sibuk dengan mesyuarat bahagian.

Persoalannya adakah wajar program berbaur provokasi sebegitu yang sudah dijangka akan mengeruhkan kepincangan sedia ada antara dua penyokong diadakan?

Pelbagai persoalan dilontarkan para peserta kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, misalnya tragedi Memali, termasuklah pertanyaan tentang kewajaran untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan seorang banduan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana jawapan yang diberi oleh Mahathir tidak memuaskan, segelintir pemuda Armada dan bekas pejuang otai reformasi telah bertindak di luar kawalan.

Tambah menyedihkan pertelingkahan itu berlaku dalam kalangan bangsa Melayu sendiri. Adakah kita sudah lupa sebelum negara mencapai merdeka dahulu?

JENTAYU ABAKA

Rata-rata orang Melayu mempunyai sikap kenegerian yang melampau, sehinggalah Dato’ Onn Jaafar menyatukan semua persatuan Melayu di seluruh Semenanjung dan diberi nama Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Melayu (Pekembar).

Ketika itu, hampir 90 peratus orang Melayu bernaung di bawah Pekembar. Ini kerana Pekembar yang lahir di tangga Istana Johor sentiasa berjuang untuk kepentingan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kini setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, kronologi luka perpecahan orang Melayu berdarah kembali. Sebagai contoh, perhimpunan Bersih di ibu negara, bukan sahaja merosakkan imej negara, malah turut membantutkan sektor pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

GLOBAL RESEARCH

Episod perhimpunan Bersih sentiasa berulang dari tahun ke tahun. Namun apa yang dicapai? Mereka mendakwa bahawa pilihan raya umum (PRU) yang lepas tidak bersih dan telus.

Begitupun, bagaimana Selangor yang merupakan negeri terkaya dan termaju di Malaysia boleh jatuh ke tangan Pakatan Harapan?

Begitu juga dengan kes Datuk Jamal Yunus yang melakukan provokasi di pejabat SUK dan sebagainya. Tidak kurang juga kejadian di mana Pemuda Armada yang kononnya ingin menghantar surat jemputan untuk program Nothing To Hide ke ibu pejabat UMNO yang akhirnya berakhir dengan pergaduhan.

Jika pilihan raya tidak telus dan adil, sudah pasti, tiada seorang pun Ahli Parlimen daripada blok pembangkang berjaya meraih undi.

Senario ini tidak berlaku ketika era Mahathir. Ini kerana kabinet Najib yang telah meluluskan pemansuhan akta ISA sekali gus membuatkan sesetengah pihak bertindak melampaui batas.

Di negara-negara Eropah, blok parti pembangkang jarang memburukkan imej negara sendiri, malah mereka akan memberi kritikan melalui saluran yang betul dan berhemah.

OMAK KAU

Tahun lalu telah menyaksikan blok pembangkang melakukan provokasi dengan mengeluarkan plakad di Dewan Rakyat ketika pembentangan bajet.

Pakatan Harapan juga telah mengeluarkan bajet alternatif sendiri. Namun yang melucukan dalam bajet alternatif tersebut, berlaku kekhilafan di mana bajet yang cuba diusul itu tidak dapat membezakan antara Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.

FMT

Prestasi berbahas Ahli Parlimen (AP) di Dewan Rakyat juga semakin merudum, baik AP kerajaan mahupun pembangkang.

Berbahas tanpa mengutip fakta yang betul dan menuduh secara semberono juga telah menyaksikan kecurangan amanah yang diberi rakyat kepada mereka. Misalnya, anda boleh saksikan babak pertelingkahan antara AP Tenggara dan AP Ampang.

Adakah kita ingin mengembalikan memori silam tatkala orang Melayu berpecah? Lihat sahaja di semenanjung Korea, sehingga kini kedua-dua negara masih berseteru hanya kerana perbezaan ideologi.

Melayu perlu sedar dan mengutip iktibar nasib sebangsa di negara seberang tambak. Walaupun orang Melayu merupakan kaum peribumi di Singapura, tetapi hak mereka dinafikan.

Sehingga sekarang, tiada seorang Melayu pun yang memegang jawatan sebagai menteri kanan.

Hal itu berbeza dengan kerajaan Malaysia di mana semua ras etnik dan bangsa berpeluang secara sama rata untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran pusat.

Akhir kalam, kita haruslah merapatkan saf dan bersatu. Tidak ada pemimpin betul 100 peratus. Kita haruslah jadikan titik kelemahan itu sebagai pengikat ukhwah untuk memperbetulkan segala kelemahan agar nasib orang Melayu terus terbela.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini