Semasa

3 pesanan jika anda bercadang ke IKEA Cheras hujung minggu ini

By  | 

BERITA IKEA Cheras diserbu pada hari pembukaan masih lagi menjadi perbualan hangat. Sudah pasti mereka yang terlepas untuk ke housewarming pada Khamis lepas akan membawa keluarga atau pasangan untuk mengambil feel di IKEA Cheras.

Atas alasan tersebut, kami berkunjung ke IKEA Cheras pada Jumaat. Berikut adalah pesanan kami kepada anda!

1. Buat Pusingan U untuk ke Parking B1

Jika anda dari arah Sungai Besi atau Jalan Tun Razak, ikut Bulatan Kampung Pandan dan terus ke Jalan Cochrane. Tak ada exit terus dari bulatan, seperti yang kami jangkakan.

Selepas Petronas, belok kiri dan terus sampai ke lampu isyarat walaupun IKEA di sebelah kiri anda. Buat pusingan U di lampu isyarat untuk ke kawasan parking B1. Pegawai trafik galakkan buat pusingan U berbanding belok ke kiri kerana lebih cepat.

Jangan risau pasal parking kerana kawasannya sangat luas dan ada lampu tanda merah/hijau/purple dan biru. Lampu purple parking khas untuk wanita sahaja.

Guna tangga/lif untuk ke lobi. Anda boleh beratur untuk daftar IKEA Family dan layak terima cenderahati berupa beg, selagi stok masih ada.

2. Bawa walkie talkie kerana line telefon 3@!594@:

3 pesanan jika anda bercadang ke IKEA Cheras hujung minggu ini

Ya, penerimaan telefon di IKEA masih bermasalah. Kalau kehilangan dalam ramai, hubungi pembantu IKEA untuk buat pengumuman dengan alat siar raya.

Tukar ke mod 4G sekiranya ada masalah untuk menghantar pesanan Whatsapp di dalam IKEA.

3. Sediakan ‘cash’ yang cukup

3 pesanan jika anda bercadang ke IKEA Cheras hujung minggu ini
Kami difahamkan cuma ada satu mesin ATM di tingkat bawah bersebelahan dengan cashier. Bagi mengelakkan sebarang masalah, bawa duit yang cukup atau lebih! Bagi pengguna kad debit/kredit anda tak perlu risau.

Kami cukup teruja dengan kafe-nya yang lebih besar daripada IKEA Damansara. Tak perlu berebut tempat untuk makan. Cuma, ada komplen daripada orang ramai yang suraunya sempit.

Selamat berhujung minggu!

Comments

comments

Suka dokumentasi tapi kadang-kadang menulis.

1 Comment

  1. nilok

    9 January 2016 at 9:51 AM

    berapa charge parking bro?

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *