MENTERI KEWANGAN yang baru dilantik, Lim Guan Eng hari ini mengesahkan hutang negara melebihi RM1 trilion dengan faktor penyumbang termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan projek mega yang diluluskan kerajaan pimpinan sebelum ini.

Beliau berkata angka hutang RM1 trilion itu akan dinilai semula sebaik sahaja pelbagai jabatan menyatukan akaun masing-masing kerana sebelum ini terdapat fail dan laporan tidak dapat diakses.

FOTO/ROKETKINI

Ya, saya mengesahkan kenyataan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hutang negara melebihi RM1 trilion.

Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dimaklumkan oleh kerajaan terdahulu. 1MDB merupakan faktor utama, namun sekali lagi, saya berpendapat beberapa maklumat ini tidak dimaklumkan sepenuhnya.

Kini, kita mahu semuanya terbuka,” katanya semasa sidang media di Kementerian Kewangan di Putrajaya baru-baru ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini