12 kegagalan Najib Razak menerusi kaca mata Tun Mahathir

1
16

BEKAS perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, terbaharu, Tun Mahathir menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Berikut merupakan 12 ‘kegagalan’ yang dimaksudkan Tun Mahathir:

1) Pembinaan jambatan bengkok
Kegagalan pembinaan jambatan bengkok dianggap satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura,” jelasnya.

Menurut Tun Mahathir, Najib adalah anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikannya sebagai Perdana Menteri.

Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

2) Projek landasan kereta api berkembar elektrik
Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah,” katanya.

Tun Mahathir berpendapat, dengan RM 14 bilion, kerajaan sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010.

Sebaliknya atas desakan permintaan, Najib benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion lantas menghabiskan banyak duit.

3) Rekrut pegawai British
Tun Mahathir menyentuh tindakan Najib merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara.

4) Konsultan asing
Pegawai-pegawai tersebut pula menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion.

Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” ujarnya.

5) Pengabaian khidmat kakitangan awam
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

6) Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi
Mantan Perdana Menteri menyifatkan Najin mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, lantas mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini.

Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” tegasnya.

7) 1Malaysia
Dalam catatan sama, Tun Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang.

8) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Tun Mahathir menyifatkan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat sebagai salah percaturan.

9) Pelbagai keputusan buruk
Tun Mahathir menyimpulkan Najib membuat banyak keputusan salah yang memberi impak buruk.

Dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.

Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” terangnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

10) Kejatuhan UMNO
Tun Mahathir mendakwa orang Melayu sendiri tidak menyokong Najib. Malahan selepas Najib mengambil alih UMNO, keputusan di Selangor lebih buruk daripada tahun 2008.

Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia,” katanya.

11) Gaya hidup mewah
Tun Mahathir menjangka bahawa BN akan kalah Pilihan Raya Umum yang seterusnya kerana kontroversi yang mengekori Najib.

Saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah,” tambahnya.

12) 1MDB
Akhir sekali, Tun Mahathir mengulas Najib gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB.

Saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini.  Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” simpulnya.

1 KOMENTAR

  1. saya paling tidak suka gaya mewah yang ditonjolkan oleh pemimpin BN khususnya UMNO sendiri..sedangkan rakyat bermatian untuk bertahan hidup pemimpin leka dengan kemewahan

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini