10 sebab mengapa tikus patut disayangi, bukan ditakuti

0
30

APABILA bercakap mengenai tikus, sudah pasti haiwan berkaki empat itu sering dikaitkan dengan kawasan gelap, kotor dan berpenyakit. Lebih-lebih lagi dengan rutinnya yang gemar merosakkan barangan terutamanya perabot kayu, tikus bagaikan sudah sebati dikenali sebagi makhluk perosak dalam kalangan masyarakat tempatan.

Begitupun, ramai yang tidak tahu bahawa tikus turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dan keistimewaan tersebut juga mampu membawa kesan yang positif terhadap kehidupan kita sehari-hari. Berikut merupakan 10 sebab mengapa tikus patutu disayangi, bukan ditakuti:

1) Tikus terbukti sebagai haiwan yang penyayang
Rat 01

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Chicago, Amerika Syarikat mendapati, tikus akan beralah pada makanan yang sedap bagi memberi peluang kepada rakannya untuk merasa makanan tersebut. Tikus juga akan bekerja keras untuk menolong rakan-rakannya yang lain.

2) Mereka sangat comel!
Rat 02
Lihat sahaja keletah tikus dalam gambar ini. Bukankah ia sangat comel?

3) Tikus sangat bijak
Rat 03

Beberapa kajian mendapati, tikus merupakan kelompok haiwan yang sangat bijak dan biasanya berjaya menyelesaikan masalah yang kadang-kala tidak dapat dilunaskan oleh manusia. Sebuah kajian menjelaskan: “Walaupun tikus tidak menggunakan strategi pemerhatian seperti manusia apabila mahu mendekati tugasan yang bersifat kognitif, namun, mereka selalunya berjaya menyelesaikan masalah dengan cara mereka tersendiri.”

4) Tikus juga ketawa
Rat 04

Walaupun frekuensinya tidak setara dengan ketawa yang dilontarkan oleh manusia, tetapi tikus akan ketawa kecil ketika bermain dan mengeluarkan bunyi sewaktu digeletek. Mereka juga gemar bermain seperti manusia!

5) Tikus mempunyai kuasa luar biasa
Rat 05

Secara relatifnya, tikus mempunyai kekuatan untuk melihat yang luar biasa kerana kedua-dua mata mereka mampu untuk digerakkan dalam berlainan arah secara serentak. Ini membuatkan tikus mempunyai jarak penglihatan yang cukup besar.

6) Tikus sangat pembersih
Rat 06

Tikus bukan haiwan yang pengotor! Mereka menghabiskan masa membersihkan diri sebagaimana sifat seekor kucing. Apabila anda terfikir tentang tikus jalanan yang membawa kuman, anda perlu ingat bahawa sebahagian besar nilai kebersihan haiwan ditentukan oleh persekitaran. Justeru, tikus kesayangan yang dibela di rumah merupakan haiwan yang pembersih.

7) Cepat mempelajari perkara baharu
Rat 07

Sama seperti anjing, tikus juga mampu mempelajari beberapa perkara, termasuklah tahu namanya apabila dipanggil.

8) Mereka ada gaya yang tersendiri!
Rat 08

Tidak dinafikan, tikus merupakan antara kelompok haiwan yang punya gaya dan imej tersendiri.

9) Tikus jalanan bijak dan kuat
Rat 09

Tikus mempunyai hierarki sosial yang kompleks yang membantu mereka untuk terus hidup di tepi jalan atau di bawah kolong. Walaupun dilihat sebagai gangguan kepada manusia, tikus jalanan merupakan kumpulan tikus yang sangat bijak dan sangat kuat.

10) Tikus merupakan haiwan yang manja
Rat 10

Tikus adalah makhluk yang sangat sosial dan prihatin. Mereka menunjukkan banyak kasih sayang kepada tikus lain dan juga kepada manusia.

Jadi, jika anda ternampak tikus, fikir dua kali untuk mengatakan ia sebagai haiwan pengotor dan menakutkan. Ingat, mereka bukan sahaja penyanyang dan bijak malah sangat comel.

Kredit gambar: HumorSharing/ Jessica Florence/ Abduzeedo/ KarasRatWorld/ Peter Kemmer/ Ibunden/ Happy-Pixels/ DailyMail/ AmazingCentral

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini