Perkahwinan

Idea perkahwinan menarik yang patut dielakkan

By  | 

ANDA pasti sedar bahawa sesetengah baju hanya nampak cantik apabila diperagakan oleh model ketika berjalan di pentas peragaan. Ya, begitu juga apabila anda merancang untuk mengadakan resepsi perkahwinan. Mungkin idea yang anda ingin realisasikan nampak begitu cantik menerusi gambar-gambar yang dipamerkan di Pinterest, namun, ia tidaklah ‘seindah’ seperti yang anda jangkakan.

Berikut merupakan beberapa idea yang anda rasa menarik untuk direalisasikan pada majlis perkahwinan tetapi sebetulnya harus dielakkan:

Perkahwinan di taman
Walaupun resepsi yang dilatari hutan hijau dan disemarakkan dengan bunyian unggas kedengaran sungguh mengasyikkan, realitinya, sungguh mengejutkan. Pastinya tetamu yang hadir enggan menghadapi situasi di mana mereka terpaksa mengelap peluh yang berjuraian akibat cuaca panas serta mengalami gatal-gatal setelah digigit serangga ketika sedang menjamu selera. Jika anda inginkan suasana outdoor, apa kata memilih tema berkenaan untuk penggambaran pra-perkahwinan anda. Mudah serta tidak melibatkan tetamu.

Tanglung hajat
Perkara terakhir untuk anda risaukan pada majlis perkahwinan adalah menjadi penyebab kepada kebakaran! Antara aktiviti yang perlu dielakkan ketika mengadakan majlis perkahwinan di luar adalah memasang lilin, tanglung hajat dan bunga api. Lebih-lebih lagi jika keadaan cuaca yang begitu berangin dan kering. Bukan sahaja berbahaya, tetapi tidak selamat untuk tetamu cilik yang turut hadir.

Projek DIY
Sesetengah projek seharusnya diserahkan kepada tenaga pakar. Seperti menggubah bunga, penyediaan makanan, gambar dan muzik. Perkara-perkara ini bukan sahaja boleh membuat anda tertekan ketika menyiapkannya, malah tidak berbaloi apabila hasilnya tidak sama dengan jangkaan anda. Mungkin anda mahu menjimatkan belanja, tetapi percayalah, hasil akhirnya tidak serupa dengan apa yang anda lihat di laman-laman web perkahwinan.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *