Bantuan Saat Akhir Si Raja Sehari

0
21

TINGGAL lagi satu jam sebelum anda bergelar raja sehari. Ketika itu, jantung anda berdegup begitu kencang, penuh rasa teruja. Sudah terbayang di minda betapa istimewanya hari yang bakal mengukir sejarah dalam lipatan hidup anda. Namun,  tanpa disangka, bahagian tepi gaun anda terkoyak! Apa yang perlu anda lakukan? Jangan risau, di bawah ialah senarai bantuan saat-saat akhir buat bakal pengantin.

Bawa peralatan menjahit dalam kotak kecil.
Anda tidak akan tahu adakah gaun pengantin yang anda sarungkan itu sempurna jahitannya. Jika terdapat sebarang bahagian yang tetas atau terkoyak, gunakan jarum dan sedikit benang yang anda bawa bersama ke bilik persiapan untuk membaiki gaun tersebut. Pastikan benang yang dibawa sama warnanya dengan busana pengantin anda.

Tukar baju longgar selepas persandingan selesai.
Jika anda bercadang untuk melangsungkan majlis dalam keadaan terbuka, pastikan anda bawa bersama gaun ringkas yang lebih selesa untuk dipakai selepas majlis tamat. Walaupun gaun pengantin anda cukup cantik, anda pasti tidak mahu bergambar bersama rakan-rakan anda dengan kesan peluh yang terdapat pada bahagian bawah lengan serta belakang gaun.

Sediakan sandal ringkas.
Jika kaki anda berasa lenguh akibat memakai kasut tumit tinggi dengan kadar yang terlalu lama, tukarlah kepada sandal yang ringkas atau pump shoes yang bersesuai dengan baju longgar anda tadi.

Timbul tanda kemerahan akibat proses waxing.
Pertama sekali, jika anda mahu melakukan proses menyingkirkan rerambut tubuh, pastikan ia dilakukan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan anda. Jika tanda kemerahan masih kelihatan, rendam bahagian itu dalam air ais sebelum memulakan sesi dandanan. Kemudian, oleh sedikit bedak asas untuk mengaburi kesan tersebut.

Ambil sarapan secukupnya.
Dalam sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi hari penting, anda seharusnya mengisi perut terlebih dahulu. Pastikan sarapan yang diambil lengkap kandungan nutrisinya. Perut lapar dan rasa gugup bukan satu kombinasi yang baik.

Kredit gambar: Getty Images

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini