Wajah bak bintang dengan Laneige BB Cushion

0
37

TAMPIL menawan di pagi Aidilfitri bersama Laneige BB Cushion yang kini kembali untuk tiga fungsi; pemutih, antipenuaan dan kawalan pori. Ia melindungi kulit daripada teroksida akibat unsur-unsur radikal. Dengan produk baharu ini, anda tidak akan tampil kusam dan berasa lebih yakin.

Dikemaskan dengan bekas bedak bertatah kristal Swarovski yang diinspirasikan daripada bintang sirius yang paling bergemerlapan di langit. Kini anda akan lebih bersinar dengan hanya memegang BB Cushion.

Rekaan berkonsepkan ilusi bergemerlapan pasti membangkitkan kejelitaan si pemakai seperti bintang paling terang serta menyerlahkan kecantikan dalaman anda.

Produk ini juga mampu membuatkan wajah anda putih secara semula jadi. Ia menggunakan teknologi baharu dengan memecahkan sel membran anda yang selama ini kusam.

Laneige turut mencipta Skin Veil Based Cushion baharu yang akan memberi kesan 3D Skin Fit Cushion.

Skin Veil Base Cuhion didatangkan dalam dua warna; Skin Veil Base Cushion No. 40 ungu cerah SPF22 PA++ dan Skin Veil Base Cushion No. 60 light green SPF22 PA+++.

Antara kelebihan kosmetik ini adalah ia tahan lebih lama dan menggunakan teknologi Super Flex Lasting. Tona kulit anda akan lebih sekata dan terpelihara. Malah, formulanya juga membantu melembapkan wajah kerana ia mempunyai mineral ion hidro.

Melindungi wajah daripada sinar ultraungu (UV) yang melampau dengan SPF50+ PA+++ serta kalis air. Solekan juga dapat dikekalkan sepanjang hari.

Harga bermula daripada RM165 bagi pengawalan pori hingga RM170 bagi produk antipenuaan.

BB Cushion ditawarkan dalam lapan tona warna iaitu ivory (shade 13), cool ivory (shade 13c), beige (shade 21), cool beige (shade 21c), sand (shade 23), brown (shade 31),  cinnamon (shade 33), dan coffee (shade 35).

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini