Cantik

Trio cerah berseri nanowhite

By  | 

MENGAPA anda perlu pening kepala memilih produk daripada jenama berbeza untuk fungsi yang pelbagai? nanowhite menerusi tiga keluaran baharunya mampu merangkumkan keseluruhan rejim kecantikan yang diperlukan kulit anda.

Berteraskan manfaat untuk kulit kekal lebih cerah, halus dan berseri serta-merta, trio nanowhite baharu yang terdiri daripada Double Action Whitening Gel-Cream, Skin Renewing Aqua Gel dan Intensive Brightening Mask, sememangnya rangkaian sempurna untuk anda yang mendambakan kulit cerah yang efektif.

1) nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream

Gusar dengan kulit menjadi lebih gelap dan kusam walaupun anda sentiasa melakukan rutin penjagaan kulit? Bersama krim gel pencerah ini, ia dapat membantu kulit anda kekal cerah. Kandungan Super Antioxidant™ dengan kapsul unik yang mengandungi inti pati Vitamin E dan C membantu mengekalkan tona kulit yang cerah dan sekata.

Radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit juga menjadi punca terhadap kelancaran proses pencerahan kulit sehingga mengakibatkan kulit bertukar kusam.

Justeru, produk ini dirumus khas bagi mengatasi permasalah tersebut. Setiap penggunaan membebaskan kapsul nanowhite Super Antioxidant™ dengan Vitamin C dan E bagi meneutralkan radikal bebas, sekali gus melindungi keserian kulit.

Hasilnya, keberkesanan maksimum diperolehi, sekali gus menggandakan kesan pencerahan. Selain daripada mengekalkan pencerahan kulit, produk ultra-ringan dan mudah diserap ini juga mengurangkan kehadiran bintik-bintik hitam.

Harga: RM39.90 (40ml)

2) nanowhite Skin Renewing Aqua Gel

Kulit yang cerah lebih baik apabila kelihatan lebih halus dan segar. Bagi mendapatkan tekstur kulit tersebut, anda boleh menggunakan gel pengelupasan kulit ini. Ia mampu menanggalkan bintik-bintik hitam dan sel kulit mati secara lembut, menjadikan kulit anda lebih halus dan lembut bak sutera.

Penggunaanya juga mudah. Picit sedikit gel di hujung jari dan sapukan ke seluruh wajah. Urutkan dalam gerakan membulat dan biarkan sehingga ia kering. Kemudian bilas dengan air dan teruskan rejim menggunakan Double Action Whitening Gel-Cream.

Harga: RM44.90 (140ml)

3) nanowhite Intensive Brightening Mask

Penyempurna rejim pencerahan kulit yang digemari ramai. Mask buatan Korea ini mengandungi ekstrak semula jadi yang memberi kesan pencerahan dan penghidratan serta-merta, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri. Ia juga mengekalkan kelembapan kulit. Sesuai digunakan sebelum tidur sambil berbaring dengan relaks.

Harga: RM8.90

Ketiga-tiga produk di atas sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk nanowhite, layari laman Facebook di www.facebook.com/nanowhite.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *