Cantik

Transformasi wajah cerah cara selamat!

By  | 

LAMBAKAN produk kecantikan di pasaran memberikan alternatif kepada pengguna. Kepelbagaian pilihan telah meningkatkan kuasa pembeli khususnya mereka yang gemar mencuba produk baharu. Namun sejauh manakah keselamatan produk yang anda beli?

Membeli kepercayaan pengguna adalah semudah memancing minat mereka menerusi taktik pemasaran bermodalkan gimik menarik. Sebagai pengguna bijak, anda seharusnya tidak mudah terpikat dengan tawaran-tawaran manis tersebut.

dermatested_271015.jpg-cFOTO/ROYALESENCEBLOG

Periksa terlebih dahulu adakah ia benar-benar telah diuji secara dermatologi? Anda pernah mendengar tentang dermatologi dan kurang faham? Dermatologi merujuk kepada cabang perubatan berkaitan dengan kulit dan segala penyakit berkaitannya.

Apabila terdapat produk kecantikan menggunakan frasa ‘dermatologically tested’ yang bermaksud telah diuji secara dermatologi, maka ia membuktikan bahawa produk tersebut telah diuji pakar dermatologi dan disahkan selamat untuk digunakan.

Nilai terpenting dalam sesebuah produk kecantikan adalah KESELAMATAN. Bukan faedah atau keberkesanannya! Keselamatan adalah ukuran utama sebelum produk dibeli, disusuli kesesuaian dengan kulit anda dan kemudiannya barulah efek-efek positif yang diberikan.

Jangan cepat teruja untuk cantik dalam tempoh dua minggu tetapi mengenepikan perihal keselamatan dan kesesuaian produk. Bimbang kelak kulit anda menjadi lebih teruk berbanding sedia ada. Kecantikan idaman tidak dikecapi, sakit pula datang menghinggap.

Melabur untuk kecantikan itu perlu bijak! Mahal atau murah bukan perbandingan rasional. Dahulukan keselamatan dan kesesuaiannya dengan kulit anda.

Cantik dengan selamat

Antara produk kecantikan yang berkompromi terhadap kepentingan keselamatan ialah Krim Pencerah Royal Expert (Silver Series) baharu.

Mahukan pengguna merentasi transformasi kecantikan dengan lancar dan selamat, krim pencerah ini menjadikan bahan-bahan semula jadi sebagai asas kandungan.

Ekstrak bunga seri pagi misalnya, sebenarnya ialah agen antipenuaan semula jadi yang baik. Ia membantu kulit mengatasi keradangan manakala efek antioksida pula bertindak mengembalikan keremajaan dan kesihatan kulit.

productreview_300116

Begitu juga ekstrak aloe vera yang sangat popular dengan kemampuannya untuk melega, merawat dan melembapkan kulit. Bertindak sebagai pelindung semula jadi daripada pencemaran di persekitaran anda, aloe vera juga kaya dengan antioksida dan vitamin bagi membantu memutih dan meningkatkan keanjalan kulit.

Sebanyak 13 bahan aktif dapat ditemui di dalam kandungan krim pencerah ini. Vitamin C juga antara bahan yang diadun bersama bagi bertindak sebagai agen pemutih dan membantu mengurangkan pigmentasi. Sebagai antioksida yang terbukti berupaya meningkatkan sintesis kolagen, ia turut berfungsi sebagai antijerawat dan antipenuaan.

Ekstrak kamomil, asid aminoethylphosphinic (Albatin), minyak biji anggur, titanium dioksida, lesitin, zink oksida, Vitamin E, Vitamin B5, niasinamida dan asid salisilik juga sebahagian daripada 13 bahan aktif di dalam krim pencerah Royal Expert ini.

Rawat parut

Selamat dan mengandungi kandungan semula jadi meyakinkan. Jadi apakah fungsi krim pencerah ini? Selain mencerahkan kulit, ia turut bertindak sebagai pelembap. Selepas digunakan untuk tempoh dua hingga tiga minggu, anda akan mendapati kulit anda menjadi lebih cerah, tegang dan berseri secara menyeluruh.

Mengembalikan keremajaan kepada kulit, krim pencerah ini juga menjadikan tona dan tekstur kulit lebih sekata. Selain mampu mengatasi kedutan (agen antipenuaan), anda pasti gembira kerana ia juga mampu merawat parut-parut jerawat yang mencelakan seri wajah.

Krim pencerah ini disarankan untuk kegunaan dua kali sehari (pagi dan malam).  Ia turut dilengkapi ciri perlindungan UV sekali gus membolehkan anda dilindungi secara menyeluruh sambil proses memperbaiki kulit berjalan dengan lancar.

Demikianlah rangkuman sebuah produk kecantikan yang lengkap untuk pengetahuan pengguna sebelum membeli. Krim Pencerah Royal Expert ini adalah contoh terbaik produk kecantikan yang mendahulukan aspek keselamatan agar para pengguna dapat mengukir senyum selepas memperoleh hasilnya.

Untuk mencuba magis krim pencerah Royal Expert ini, hubungi talian bebas tol 1-300 88 8639 atau 03-8024 5626 bagi mengenal pasti ejen berhampiran lokasi anda. Ejen-ejen terdapat di seluruh Malaysia. Anda juga boleh mengirimkan e-mel kepada [email protected].

Royal Expert juga berbesar hati untuk menerima individu yang berminat menjadi pengedar sah atau ejen jualan produk-produk di bawah jenamanya. Hubungi 03-8024 5626 atau e-mel kepada [email protected].

Info Krim Pencerah Royal Expert Silver Series:
Harga: RM135 (50ml)
Laman web: www.royalexpertgroup.com
Talian bebas tol: 1-300 88 8639
Telefon (pejabat): 03-8024 5626
E-mel: [email protected]
Alamat (pejabat): Ortus Expert White Sdn. Bhd., Unit 4B, Aras 1, Jalan USJ 10/1J, Taipan USJ, 47620 Subang Jaya, Selangor
Facebook: Royal Expert Group
Instagram: @royalexpertgroup
YouTube: RoyalExpertGroup / Ortus Group
Twitter: @RoyalExpertGrp

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *