Tenangnya bila badan wangi dengan aroma skrub kopi Kamisuka

0
18

KOPI kaya dengan manfaat. Selain dijadikan minuman pembekal tenaga paling popular di dunia, hampasnya juga boleh dijadikan baja yang efektif.

FOTO / @KAMISUKA.MY

Ia juga tidak asing sebagai kandungan utama dalam produk-produk kecantikan. Bayangkan haruman kopi menjadi pewangi semula jadi tubuh anda. Sememangnya menenangkan.

Kini anda boleh menjelmakan impian itu. Skrub kopi untuk muka dan badan Kamisuka bakal menjadi teman baik anda selepas ini.

Diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengasasnya, Ida Rahayu Zainol, skrub Kamisuka merupakan suplemen kecantikan yang berfungsi sebagai pelengkap rejim penjagaan peribadi.

“Kami tidak mahu menjanjikan janji-janji manis kepada pelanggan. Memadailah untuk saya katakan bahawa ia berkesan sebagai agen pelembap dan saya sendiri mencuba beberapa kali sepanjang tempoh R&D sebelum sedia untuk dijual kepada umum.

FOTO / @KAMISUKA.MY

“Setakat ini, maklum balas pelanggan sangat positif dan efeknya bersifat pelbagai. Ada pelanggan yang berpuas hati kerana ia membantu menanggalkan daki. Terdapat juga individu dengan masalah peluh mula merasai perubahan positif selepas penggunaan,” jelas Ida yang menjalankan bisnesnya dari rumah.

Ramuan 100 peratus kisaran kopi arabika bersama serbuk kolagen marin asli turut diadun dengan vitamin B3 dan vitamin C. Alfa arbutin (serbuk yang mengandungi semua jenis beri) juga menjadi kandungan utama skrub ini yang terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi.

Aroma kopinya masih kuat dan membuatkan kita berasa tenang sepanjang sapuan skrub di badan. Selepas disapu dan digosok menggunakan tangan dalam gerakan membulat (circular motion), biarkan selama 3 hingga 5 minit.

Sambil menunggu, anda boleh mengaplikasikan pelembap pada rambut, memberus gigi ataupun membersihkan bilik air.

Percayalah, sebaik sahaja anda membilas skrub tersebut, kulit akan serta-merta terasa licin dan ringan. Sekiranya anda sukakan bau kopi, pastikan anda sabun badan menggunakan gel mandian terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan skrub kopi Kamisuka.

FOTO / @KAMISUKA.MY

Dengan cara itu, haruman kopi akan melekat di tubuh biarpun selepas badan dikeringkan. Untuk kelembutan ekstra, anda juga disarankan menyapu losen di tubuh selepas mandian.

Kepada golongan lelaki, jangan khuatir! Produk ini juga untuk anda. Ia tidak khusus untuk perempuan sahaja dan boleh digunakan sesiapa sahaja.

“Tujuan saya mengeluarkan produk ini juga adalah bagi memberikan alternatif lebih menjimatkan kepada orang ramai. Kebanyakan skrub kopi dalam pasaran dijual pada harga RM50 ke atas.

“Kamisuka hanya menawarkannya pada harga RM25 untuk pek 50 gram. Satu pek itu boleh digunakan sebanyak empat kali untuk individu bertubuh sederhana. Kami sarankan agar ia digunakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan selangan dua atau tiga hari,” ujar Ida kepada Pepatung.

FOTO / @KAMISUKA.MY

Selain skrub kopi, Kamisuka turut memperkenalkan Miracle Facial Mist tanpa bahan kimia kepada pelanggan. Kandungan bahannya juga ringkas; air mawar asli, pudina dan air suling. Ia memberi kesegaran pantas kepada kulit yang kusam dan kering. Boleh juga disembur sebelum dan selepas bersolek.

Mist Kamisuka bersaiz 100 mililiter dijual pada harga RM30. Sekiranya anda membeli kedua-dua produk Kamisuka, anda akan diberikan harga promosi RM50 sahaja.

FOTO / @KAMISUKA.MY

Kamisuka juga kini sedang mencari agen dan stokis bagi memasarkan produk. Untuk pembelian dan sebarang pertanyaan, hubungi Kamisuka menerusi WhatsApp kepada 011-1625 7742 atau ikuti instagram @kamisuka.my dan Facebook KAMISUKA.MY.

KONGSI
Artikel sebelumnyaMenahan Rindu versi Dato Siti Nurhaliza
Artikel seterusnyaSkala sederhana SimetriSiti
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini