Solekan remaja Nelydia Senrose bersama Collection

0
137
Sebelum1/6Seterusnya

Lima alat solek Collection wajib ada dalam beg tangan Nelydia Senrose

20-nely new

MASIH muda usia aktres yang sedang meningkat naik namanya ini. Nelydia Senrose, pada umur 20 tahun telah muncul dalam banyak drama televisyen tempatan. Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi di Segi College, Kota Damansara, Selangor, penampilan Nelydia yang serasi dengan panggilan Nely sememangnya dikagumi gadis-gadis seusianya.

Biarpun tampak matang berbanding usianya, Nely bijak menyerlahkan keremajaan gayanya menerusi pemakaian dan solekan. Sebagai duta Collection, jenama kosmetik dari United Kingdom (UK), keanggunan semula jadi Nely kini kelihatan lebih menonjol.

Pada majlis pengumuman pemenang peraduan LookBook jenama itu baru-baru ini, Nely sempat berkongsi rejim solekannya bersama Pepatung. Jadi, bagi anda di luar sana yang ingin mempelbagaikan penampilan wajah bersama solekan sederhana, ikutilah panduan mudah oleh Nely ini.

Pepatung: Boleh kongsikan langkah-langkah solekan anda sebelum keluar rumah?
Nelydia: Pertama sekali, sebelum mengaplikaskan sebarang solekan, saya akan sapukan pelembap (moisturizer) dengan SPF35 bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari. Kemudian saya tentukan jenis solekan mengikut kesesuaian acara dan waktu. Solekan untuk bersantai misalnya, cukup dengan solekan ringkas menggunakan bedak asas (foundation), pemerah pipi (blusher), penggaris mata (eyeliner), maskara dan pengilat bibir.

Pepatung: Apakah lima jenis alat solek yang perlu ada di dalam beg tangan anda?
Nelydia: Maskara, eyebrow kit, bedak asas, pemerah pipi dan penggaris mata.

Pepatung: Adakah kelima-lima item itu daripada jenama Collection? Jika ya mengapa ia menjadi pilihan anda?
Nelydia: Ya, kesemuanya daripada Collection. Sejujurnya ia amat serasi dengan saya kerana solekannya sangat sederhana. Ia sesuai untuk golongan pelajar yang perlu ke kelas seharian kerana ia mampu bertahan untuk tempoh panjang.

Pepatung: Boleh anda kongsikan empat jenis solekan menggunakan produk Collection untuk rujukan para gadis di luar sana?
Nelydia: Sudah tentu. Terdapat empat pilihan solekan yang pasti memenuhi cita rasa setiap gadis. Pertama adalah Gorgeously Sweet yang sesuai untuk gaya harian kerana ia tidak terlalu tebal.

Gorgeously Sweet

Glamor Glitz pula pasti mencuri tumpuan apabila diaplikasikan ketika keluar berhujung minggu bersama kawan-kawan terutamanya pada malam girls night out!

Glamour Glitz

Bagi anda yang sukakan wajah comel dan ceria, Candy Crush adalah pilihan terbaik.

Candy Crush

Sekiranya mahu kelihatan lebih berkeyakinan dan berkarakter, solekan Rocker Chic semestinya memenuhi imej rock anda.

Rocker Chic

Pepatung: Selain solekannya yang sederhana, apakah kelebihan Collection?
Nelydia: Kosmetik ini memenuhi banyak mood si pemakainya. Ia memberi kebebasan kepada para gadis untuk menjadi diri sendiri. Pastikan anda selesa dengan kulit sendiri dan usah peduli kata orang.

Pepatung: Pesanan anda kepada gadis-gadis di luar sana yang ingin tampil cantik bersama alat solek?
Nelydia: Bagi saya, apapun jenis solekan yang kita pilih, pastikan ia sederhana. Gunakan alat solek yang perlu sahaja bagi menaikkan seri wajah. Pemerah pipi dan maskara umpamanya, cukup untuk memberi penegasan kepada wajah.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini