Cantik

Serum universal pembentuk wajah kontur V

By  | 

WAJAH berbentuk V sememangnya menjadi idaman ramai. Namun lemak pada pipi dan sekitar leher meranapkan impian tersebut. Bagi mereka yang berduit, prosedur membentuk wajah secara estetik bukanlah satu masalah besar. Terdapat juga individu yang menggunakan produk-produk kosmetik berjenama yang dijual pada harga tinggi sebagai alternatif.

Bagaimana pula dengan mereka yang hanya mampu membeli produk berharga sederhana? Pilihan yang ada di pasaran bagi produk pengkonturan wajah amat terhad dan kurang memuaskan.

5-glam v

Justeru, terciptalah GlamV sebagai penyelesai kepada masalah tersebut. Serum yang membantu penggunanya mendapatkan wajah berbentuk V yang runcing dan bujur itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Selain menggunakan 100 peratus ekstrak tumbuh-tumbuhan dalam kandungannya, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan mampu dimiliki semua peringkat individu.

Kelebihan GlamV berbanding serum jenama lain adalah sifat universalnya. Ia sesuai digunakan bersama produk lain tanpa sebarang efek sampingan. Apabila disapukan pada wajah, pengguna juga akan berasa nyaman.

Aplikasi dua kali sehari dengan dua atau tiga titik serum sudah memadai bagi merasai kesannya dalam tempoh dua minggu. Penggunaan yang berterusan selama beberapa bulan kemudiannya akan memberikan anda wajah berbentuk V yang diidam-didamkan.

4-glam v

Cara pemakaiannya juga mudah. Mulakan dengan membersih wajah menggunakan pembersih pilihan anda. Kemudian sapukan toner (bergantung kepada individu) sebelum mengaplikasikan serum GlamV dengan urutan membulat pada seluruh wajah dan leher. Beri penekanan pada bahagian pipi, dagu dan garis rahang serta elakkan kawasan mata. Sekiranya anda ingin keluar rumah (pagi / siang), sempurnakan rejim ini dengan menyapu krim pelindung matahari.

GlamV bertindak secara menyeluruh bagi mengurangkan lemak degil pada wajah, pipi dan garis rahang. Ia turut menegang, menganjal dan mencerahkan kulit. Tona kulit juga akan menjadi lebih sekata di samping membantu mengurangkan penampakan garis-garis kedutan.

Empat bahan utama yang diimport dari Jerman dan Perancis diformulasi bagi membentuk sebotol serum yang selamat untuk semua jenis kulit. Kandungan dominan yang terdiri daripada V-Melt membantu melangsing dan mengurangkan lemak degil serta cecair yang terperangkap di dalam kulit. Ekstrak articok pula berfungsi sebagai bahan antipenuaan manakala ekstrak akar cikori digunakan sebagai penegang dan penganjal kulit. Tidak ketinggalan adalah Vitamin C yang terkenal dalam mencerah dan meratakan tona kulit.

2-glam v

Dijual pada harga RM49 untuk botol bersaiz 30 mililiter (ml), saiznya yang kecil juga praktikal untuk diisi di dalam beg walaupun ke mana anda pergi. Diedarkan oleh Infinite Glow Sdn. Bhd., serum GlamV boleh diperoleh dengan cara menghubungi talian 013-7000 822 menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada nombor tersebut. Kunjungi laman Facebook GlamV atau Instagram @glamv.official bagi mengikuti pengumuman dan perkembangan terbaharu berkenaan produk dan promosi.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *