Rawatan mencerah dan menyerikan wajah dalam 20 minit

3
33

8-silkpeel pepatung
Kenal pasti jenis rawatan yang sesuai mengikut masalah dan kondisi kulit wajah anda.

REJIM penjagaan wajah tidak hanya mencakupi rutin mencuci muka dua kali sehari. Kadang-kadang kita perlu melabur ekstra bagi memastikan kondisi kulit wajah berada pada tahap terbaik. Salah satu alternatif yang boleh anda yakini adalah dengan menjalani rawatan SilkPeel Dermallnfusion, prosedur pengelupasan lembut berteknologi moden dari Amerika Syarikat.

Secara amnya, ia merupakan rawatan kulit wajah pertama yang menggabungkan teknik pengelupasan tidak invasif bersama penyelesaian topikal spesifik. Ia tidak hanya bertujuan mencantikkan kulit wajah, malah memperbaiki dan menjana semula tahap kesihatan kulit anda.

2-silkpeel pepatung
Langkah pertama adalah dengan membersihkan muka menggunakan pencuci muka normal.

Keistimewaan rawatan ini juga terletak pada kemampuannya memberikan efek segera tanpa menyakitkan. Justeru, sejurus menjalani rawatan selama 20 hingga 30 minit, anda boleh kembali menyambung rutin harian tanpa sebarang pantang larang. Prosedur yang diyakini selamat ini juga unik kerana tidak menggunakan kristal atau partikel melelaskan yang menyebabkan kerengsaan kulit.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang tergolong dalam kelompok berkulit sensitif. SilkPeel Dermallnfusion membantu mengatasi pelbagai masalah dermatologi termasuk hiperpigmentasi, akne, dehidrasi, garis penuaan dan kedutan.

3-silkpeel pepatung
Sebanyak dua jenis solusi boleh dicampurkan untuk setiap sesi rawatan.

Terdapat empat pilihan rawatan menggunakan solusi berbeza mengikut kondisi kulit wajah anda. Sekiranya anda mengidamkan wajah cerah berseri, maka rawatan SilkPeel Dermalnfusion Brightening Solution adalah penyelesaian terbaik. Penggunaan peptida lumixyl iaitu sejenis sebatian berevolusi yang tidak merengsakan kulit berupaya memperbaiki masalah pigmentasi tidak sekata, bintik gelap dan sekali gus memberi pencerahan menyeluruh.

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, rawatan SilkPeel Dermalnfusion Hydrating Formula pasti dapat membantu anda. Ia menggunakan asid hialuronik bagi menghidrat semula masalah kulit kering yang agak kritikal. Prosedur ini membantu untuk melembap, menebalkan epidermis dan mengurangkan penampakan garis penuaan dan kedutan.

1-silkpeel pepatung
Empat jenis solusi untuk rawatan SilkPeel Dermallnfusion yang berbeza.

SilkPeel Dermalnfusion Clarifying Solution pula sesuai bagi individu dengan masalah akne dan jerawat. Asid salisilik diserapkan secara selamat ke dalam kulit wajah bagi memperbaiki penampakan sistik dan akne pustul (jerawat bernanah). Kandungan tambahan berupa aloe pula membantu meredakan keradangan dan kerengsaan kulit.

Rawatan keempat iaitu SilkPeel Dermalnfusion Vitamin C juga memberi kesan pencerahan yang berkesan. Namun, tujuan utamanya adalah bagi menyerikan kulit kusam dan tidak bermaya menerusi solusi antioksidan. Kulit wajah yang rosak akibat persekitaran dapat diperbaiki dengan rawatan ini. Malah ia mampu menghindarkan kerosakan lebih teruk akibat sinar ultraungu (UV) untuk jangka masa panjang.

6-silkpeel pepatung
Selepas rawatan kulit wajah akan tampak sedikit kemerahan selama 30 minit sebelum ia kembali normal dan sihat berseri.

Hanya empat langkah mudah perlu dilalui sepanjang rawatan dijalankan. Pertamanya, wajah anda akan dibersihkan menggunakan pencuci muka normal. Kemudian solusi pilihan anda akan dimasukkan ke dalam mesin SilkPeel Dermallnfusion. Dengan menggunakan penyedut yang dilengkapi sistem gelung tertutup, lapisan terluar kulit anda akan melalui proses pengelupasan. Langkah ini juga akan menyedut bintik gelap, bintik putih dan sel kulit mati, sekali gus merangsang pertumbuhan sel kulit baharu.

Usai proses utama tersebut, wajah anda kemudiannya akan dioles dengan pelembap serta diakhiri dengan sapuan gel pelindung matahari.

7-silkpeel pepatung
Kotoran wajah yang disedut akan terkumpul di dalam sebuah botol yang disambungkan pada mesin SilkPeel Dermallnfusion sepanjang tempoh rawatan.

“Anda juga boleh mencampurkan dua solusi, bergantung kepada masalah dan keperluan kulit anda. Sebotol solusi mengandungi 125 mililiter (ml) cecair dan kami menggunakan separuh daripada amaun itu untuk setiap sesi rawatan.

“Kekerapan rawatan juga bergantung kepada masalah kulit anda. Sekiranya anda mempunyai masalah akne serius, kami sarankan untuk menjalani rawatan ini seminggu sekali. Bagi rawatan pencerahan atau sekadar untuk mengekalkan kesihatan kulit, kunjungan sekali atau dua kali sebulan sudah memadai,” jelas pakar dermatologi kosmetik Face Factors Clinic, Dr. Anjalee Mohandas Nair kepada Pepatung.

9-silkpeel pepatung
Terdapat pelbagai rawatan berasaskan kesejahteraan diri ditawarkan di sini.

Popular dalam kalangan lelaki dan wanita, harga percubaan (untuk pengguna kali pertama) rawatan ini adalah RM200 bagi satu sesi. Rawatan susulan dan kadar normalnya pula ditetapkan pada harga RM400 untuk setiap sesi. Sekiranya anda membayar untuk pakej berharga RM2,000 pula, anda dapat menjalani lima sesi berserta satu sesi secara percuma (keseluruhan enam sesi).

Alamat: Face Factors Clinic, D3-G4-2, No. 1, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03-6205 3508
Laman web: facefactorsclinic
Facebook: Face Factors Clinic

Nota: Kesemua foto merupakan milik mutlak Pepatung dan sebarang penggunaan atau penerbitan semula perlu dikredit termasuk menyertakan pautan alamat portal ini.

3 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini