Rawat lingkaran gelap bawah mata ketika tidur

0
35

KESERIAN wajah sering dicelakan keadaan mata yang tidak sihat. Lingkaran gelap khususnya, menjadi ancaman utama terhadap kesempurnaan seri wajah.

Justeru O’slee tampil bersama produk dark circle reducing eye care sleeping mask. Mask ini perlu dipakai ketika tidur. Ia membantu merangsang peredaran darah dan meneutralkan toksin di sekitar mata. Hasilnya, penampakan lingkaran gelap bawah mata akan berkurangan.

Ia turut memberikan kelembapan intensif kepada kulit sekali gus mengurangkan kekeringan dan garis kedutan.

O'slee Dark Circle Eye Care(bottle).jpg-c

Ketika tidur, tubuh akan melalui proses pemulihan dan menjadikan ia tempoh terbaik untuk kulit menyerap nutrien. Waktu optimum bagi pemulihan sel-sel badan adalah di antara pukul 11 malam hingga 4 pagi. Justeru setiap individu perlu menggunakan tempoh keemasan ini sebaik-baiknya bagi memperbaharui kulit menggunakan bahan-bahan berkhasiat.

Mask penjagaan mata O’slee ini direka khusus untuk mereka yang berdepan kekangan waktu rehat. Ia memberikan penjagaan ekstra terhadap kawasan mata bagi mengurangkan garis kedutan dan lingkaran gelap akibat menghadap komputer terlalu lama.

Kandungan utamanya akan menyerap ke dalam kulit dan merangsang peredaran darah. Apabila anda bangun daripada tidur, tubuh akan terasa segar dan bertenaga.

Gunakan produk ini dua hingga tiga kali dalam seminggu. Sapukan (dalam amaun sedikit) mask ini di sekitar mata selepas membersihkan wajah, sebelum anda tidur. Urut dan ratakan sapuan dari bahagian dalaman menghala ke penjuru mata. Keesokan paginya, bilas menggunakan air suam.

Info
Harga: RM59.90
Saiz: 30 mililiter (ml)
Lokasi: Guardian Malaysia
Laman web: www.oslee.com.my

Serum mata

Menerusi O’slee pro eye medi-intensive eye serum pula, pemulihan masalah kawasan mata akan meliputi lima aspek. Serum ini membantu mengurangkan garis kedutan, menghilangkan lingkaran gelap, mengurangkan kesembapan mata, bertindak sebagai agen antipenuaan dan pelembapan.

2-oslee

Berikut merupakan lima bahan yang terdapat dalam serum ini:

1) Matrixyl™- Mengurangkan garis penuaan
Menggandakan penghasilan semula dan pemulihan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit, meminimumkan penampakan garis kedutan dan kesembapan mata.

2) Eyeseryl®- Menghapuskan lingkaran gelap
Merangsang peredaran mikro di sekitar kawasan mata, menggalakkan peredaran darah, membantu mengimbangkan melanin ungu gelap tidak sekata dan lingkaran gelap.

3) Cafeisilane C- Meminimumkan kesembapan bawah mata
Menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki fungsi sistem limfa. Ia juga meminimumkan kesembapan mata yang diakibatkan oleh edema dan tisu-tisu lemak.

4) Tinocare– Antipenuaan
Faktor Pertumbuhan Epidermis Aktif (EGF) menguatkan rintangan kulit terhadap efek-efek berbahaya sinaran ultraungu (UV). Ia turut menurunkan masalah penuaan kulit dengan efektif termasuk garis kedutan dan kehilangan keanjalan.

5) Hydravance– Kelembapan
Meningkatkan kelembapan sekitar kawasan mata dan menggalakkan pertahanan hidro.

Sapukan serum ini di sekitar kawasan mata menggunakan hujung jari. Urut dari dalam menghala ke kawasan luar mata sehingga ia meresap. Aplikasikannya setiap hari pada waktu pagi dan malam.

Info
Harga: RM79.90
Saiz: 15ml
Lokasi: Guardian Malaysia
Laman web: www.oslee.com.my

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini