Cantik

Produk SimplySiti kini boleh dibeli dalam pesawat AirAsia

By  | 

SEMUA penumpang penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan AirAsia X (kod penerbangan D7) kini boleh membeli dua produk istimewa jenama kecantikan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza, SimplySiti bermula 1 September lalu sehingga 30 September 2016.

photo-2-jpg-cFOTO: SIMPLYSITI

Dua produk edisi khas itu adalah bedak kompak Simply Elegant 2 Way Cake – AirAsia Edition dan pengilat bibir Simply Elegant Lip Gloss Duo – AirAsia Edition.

Produk buatan Korea tersebut dijual pada harga promosi RM54 setiap satu dan juga boleh dibeli menerusi laman web bigdutyfree.com. Kedua-dua produk ini adalah daripada rangkaian produk paling laris SimplySiti dan tidak boleh dibeli di tempat lain.

Penjualan produk itu di dalam pesawat AirAsia dan AirAsia X adalah atas dasar jalinan kerjasama AirAsia BIG Duty Free dan SimplySiti yang dirasmikan pada 5 September lalu.

simplysiti3FOTO: BIGDUTYFREE

“Kerjasama ini membolehkan produk-produk SimplySiti lebih mudah diperoleh di pasaran domestik dan antarabangsa. Ia juga akan memudahkan produk jenama ini merentas sempadan global sekali gus mengembangkan pasaran jenama,” ujar Siti Nurhaliza yang juga presiden kepada SimplySiti Sdn. Bhd.

Produk eksklusif AirAsia-SimplySiti itu dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad, Datuk Kamarudin Meranun bersama-sama Pengerusi Eksekutif SimplySiti Sdn. Bhd., Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa, Siti dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SimplySiti Sdn. Bhd., Peter Sellick Davies.

photo-1-jpg-cFOTO: SIMPLYSITI

“Selain kedua-dua produk ini, AirAsia BIG Duty Free juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa rangkaian penuh produk SimplySiti juga kini boleh didapati secara online di laman web bigdutyfree.com sekali gus menjadikan AirAsia BIG Duty Free sebagai satu platform khas untuk kesemua produk SimplySiti,” kongsi Kamarudin dalam ucapan perasmiannya.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *