Perkara yang anda perlu tahu sebelum memotong rambut

0
243

APABILA aktres Jennifer Lawrence memotong pendek rambutnya, ramai yang memuji gaya pendek ala pixie pelakon filem The Hunger Games itu. Ya, ia satu perubahan yang sangat drastik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang selama ini mempunyai rambut panjang.

Namun, sebelum anda mengambil keputusan untuk mencuba gaya rambut tersebut, pastikan anda tahu tentang 10 perkara yang pendandan rambut enggan ceritakan kepada anda.

Potong rambut dengan kerap tidak menyebabkan rambut anda tumbuh dengan cepat.
Memotong bahagian hujung rambut anda tidak memberi sebarang kesan terhadap folikel rambut pada permukaan kulit kepala. Namun, ia mampu menjadikan rambut yang tumbuh kekal sihat dan cantik tanpa kehadiran split ends dan rambut rapuh.

Skip the trim. Beri rambut anda sedikit masa untuk ‘berehat’. Selalunya, pendandan rambut menasihati untuk menggunting bahagian hujung rambut setiap enam hingga lapan minggu. Tetapi tahukah anda, split ends hanya akan muncul sekitar tiga hingga empat bulan selepas anda mendapatkan potongan rambut terakhir? Pilihan masa yang sesuai ke salon bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah mengelakkan anda berbelanja lebih semata-mata untuk trim rambut.

Berpada dengan guntingan gaya layered. Jika anda memilih untuk mencuba gaya ini, ada perlu menyesuaikannya dengan tekstur rambut anda. Rambut kerinting sesuai menggayakan jenis layered yang tidak sekata manakala rambut lurus adalah sebaliknya.

Jangan cuci rambut. Sebelum anda mendapatkan khidmat memotong rambut, elakkan daripada menyentuh botol syampu. Rambut anda akan dicuci ketika sampai di salon. Mencuci rambut secara berlebihan boleh menyebabkan kutikel rambut menjadi kering, sekaligus menyebabkan rambut anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Rambut perlu dipotong ketika kering. Tahukah anda, rambut yang basah akan memanjang beberapa sentimeter daripada rambut yang telah ditiup kering? Jadi, bagi mendapatkan panjang rambut idaman, pastikan pendandan rambut menggunting rambut anda ketika ia telah kering.

Rambut pendek sebenarnya perlukan mantainence yang tinggi. Jangan fikir memotong pendek rambut dapat menyelesaikan segala perkara remeh temeh seperti soal penjagaan rapi dan dandanan. Jika anda ingin menggayakan rambut pendek dalam jangka masa yang lama, anda perlu berulang-alik ke salon dengan kerap bagi mengekalkan gaya sedia ada.

Bawa beberapa pilihan gambar jika mahukan gaya rambut baharu. Benar, anda ada banyak pilihan gaya rambut yang telah dipinkan di board Pinterest. Tetapi, pendandan rambut punya pendapat sendiri gaya yang bersesuaian dengan bentuk wajah anda.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini