Cantik

Orang Asia lebih ramai jalani rawatan kecantikan dan pelangsingan badan menggunakan laser

By  | 

KEMAJUAN teknologi telah memungkinkan alternatif rawatan kecantikan dijalankan dalam tempoh singkat dan memberi kesan yang optimum.

Justeru bukanlah hal yang mengejutkan apabila kajian oleh Markets and Markets mendapati sebanyak 10.8 peratus (CAGR) pertumbuhan pasaran perubatan estetik global dianggarkan dari tahun 2015 sehingga 2020. Pasaran sekitar Asia Pasifik dianggarkan mengalami pertumbuhan tertinggi iaitu sebanyak 12.6 peratus (CAGR) untuk tempoh lima tahun akan datang.

Di Malaysia secara amnya menyaksikan peningkatan kesedaran awam, ditambah pula dengan promosi pelancongan kesihatan oleh pihak kerajaan serta pertambahan pengamal perubatan terlatih dan berkelayakan.

Ia telah mendorong terhadap pertumbuhan pesat klinik estetik di negara ini yang meningkat sebanyak tujuh kali ganda sepanjang sedekad yang lalu. Pusat-pusat kecantikan tersebut tidak hanya tertumpu di Lembah Klang, tetapi juga di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak.

MENGAPA?

Dengan kemajuan teknologi dalam pasaran estetik, pengguna semakin berminat dengan profil keselamatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh prosedur pilihan mereka. Prosedur estetik yang tidak invasif kini menjadi trend pilihan utama sekali gus membolehkan perkembangan alat berasaskan tenaga dalam industri ini.

Berdasarkan laporan yang sama daripada Markets and Markets, kemajuan teknologi alat berasaskan tenaga merupakan salah satu pemacu pertumbuhan pasaran perubatan estetik global. Sebahagian besar daripada rawatan ini adalah lebih kos efektif berbanding prosedur pembedahan konvensional.

Oleh itu, populariti rawatan berasaskan laser akan meningkatkan lagi penggunaan prosedur laser di pasaran yang seterusnya mendorong pertumbuhan pasaran secara keseluruhan.

Peralatan laser konvensional bergantung kepada kecederaan terutamanya yang berasaskan terma atau haba pada kulit untuk menangani masalah estetik dan mencapai kesan yang diingini. Rawatan kulit secara laser sering dikaitkan dengan tempoh pemulihan yang kurang menyenangkan dan menyakitkan yang juga melibatkan eritema dan kemerahan kulit.

PicoSure®

Bagaimanapun, peralatan laser kini telah berkembang maju. Daripada lebar denyut mikrosaat, nanosaat kepada pikosaat, teknologi laser pikosaat PicoSure® baharu kurang bergantung kepada kesan haba; sebaliknya merangsang kesan fotomekanik pada kulit bagi pemulihan kulit yang menyeluruh.

picosure-demonstration_1-jpg-c

RAWATAN MENGGUNAKAN PICOSURE MEMBERIKAN PENCERAHAN DAN PEMUTIHAN KULIT LEBIH MENYELURUH.

PicoSure® dengan jarak gelombang 755nm yang unik, digandingkan dengan Focus™ Lens Array adalah satu-satunya sistem pikosaat yang disesuaikan untuk mencerahkan dan memutihkan pigmentasi serta meningkatkan kolagen dan elastin. Ia merupakan satu-satunya sistem yang dapat membantu pesakit untuk mencapai keremajaan kulit tanpa tempoh pemulihan yang signifikan atau ketidakselesaan.

Lebih daripada 12 kajian klinikal hasil kajian semula setara menyokong bidang tersebut, kesan ke atas pesakit dan momentum komersial bagi teknologi platform PicoSure®. Tambahan pula, kesannya adalah lebih ringan dengan kerosakan terma kurang ketara, risiko lebih rendah untuk menyebabkan pigmentasi selepas radang dan tempoh pemulihan yang diperlukan adalah lebih singkat.

picosure_beauty_shad_med_hrMESIN PICOSURE YANG MERENDAHKAN RISKIO KERADANGAN DAN MEMPERCEPATKAN PEMULIHAN.

Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat juga telah meluluskan penggunaan laser pikosaat PicoSure® untuk merawat tatu, luka berpigmen, parut jerawat dan kedutan.

Melasma masalah wanita Asia

Melasma merupakan masalah kulit yang biasanya dialami oleh wanita Asia yang umumnya berkulit lebih gelap. Pembentukan melasma selalunya terjadi berulang-ulang sepanjang pertengahan usia dan menopaus. Rawatan laser Picosecond dapat membantu menangani melasma dengan berkesan dan mengurangkan pigmentasi.

Dalam Forum Cynosure APAC yang diadakan di Bangkok, Thailand pada Jun lalu, para pengamal estetik profesional telah berkongsi inovasi berasaskan tenaga. Dr. Carl Cheng dari Taiwan telah berkongsi konsep ‘Picotuning‘ baharu sebagai rawatan yang berkesan bagi melasma.

Idea yang menggerakkan Picotuning ialah penalaan halus protokol rawatan pikosaat untuk disesuaikan dengan keadaan kulit pesakit. Tidak seperti rawatan laser untuk kulit yang konvensional bagi bintik-bintik penuaan dan pigmentasi, Picotuning merupakan pendekatan yang lebih berkesan dan fleksibel.

sculpsure-demonstration_1-jpg-cALTERNATIF PEMBENTUKAN BADAN YANG MUDAH DAN SELAMAT TANPA SENAMAN.

Kombinasi rawatan PicoSure® dan Focus membolehkan pakar perubatan menyesuaikan rawatan dengan pesakit dan keputusan yang terbaik dapat dicapai dengan hanya beberapa kali rawatan. Picotuning dapat mengurangkan risiko kesan sampingan seperti hiper atau hipo pigmentasi dan ia merangsang proses peremajaan kulit dengan tempoh pemulihan yang minimal.

PicoSure® terus membantu penyedia rawatan di kawasan Asia Pasifik untuk memenuhi harapan dan melangkaui jangkaan dan kehendak estetik pesakit.

Melangsingkan badan

Pembentukan badan atau pelangsingan tubuh merupakan satu lagi amalan klinikal teknologi laser terkini yang telah dikongsikan di Forum Cynosure APAC.

Faktor obesiti yang meningkat ke tahap yang membimbangkan di seluruh dunia telah melonjakkan permintaan terhadap rawatan pembentukan badan. Ia dijangka mengalami pertumbuhan sebanyak 15.4% setahun sepanjang tahun 2019 dalam pasaran estetik global.

Senaman adalah jalan penyelesaian yang diterima umum bagi menangani obesiti. Namun kadangkala ia bukanlah cara yang paling berkesan untuk menyasarkan lemak yang degil di bahagian bawah perut, pinggang, paha dan pinggul.

sculpsure-system-jpg-cTEKNOLOGI MESIN SCULPSURE TERHASIL DARIPADA PERMINTAAN TINGGI KEHENDAK PEMBENTUKAN DAN PELANGSINGAN TUBUH.

Obesiti di bahagian badan tertentu sering dialami oleh orang Asia berbanding orang Barat. Justeru rawatan pembentukan badan yang menyasarkan bahagian badan tertentu telah menjadi trend di pasaran Asia.

FDA telah meluluskan rawatan terkini pembentukan badan secara laser. Aplikator laser terkini adalah jauh lebih kecil dan lebih diperhalusi untuk membolehkan pembentukan bahagian badan tertentu sebagaimana yang dikehendaki oleh orang Asia.

Kemajuan teknologi juga dapat dilihat dari segi tempoh rawatan yang lebih singkat. Laser pembentukan badan terkini, SculpSure®, hanya memerlukan 25 minit untuk hasil rawatan yang yang cepat dan berkesan. Selepas menjalani percubaan, lebih 90 peratus pengguna memberikan maklum balas yang positif.

sculpsure-demonstration_2-jpg-cRAWATAN SCULPSURE MEMBERIKAN TUMPUAN TERHADAP PEMECAHAN LEMAK TERTENTU DENGAN LEBIH TEPAT.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Cynosure dan isikan borang untuk dihubungi supaya wakil Cynosure dapat menghubungi anda secara langsung.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *