Minyak wangi ‘Wanita Terakhir’ Fattah Amin dijual kepada 1,970 pembeli sahaja

0
44

PADA 29 April lalu bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, telah berlangsung Malam Gala Wanita Terakhir. Majlis yang bertujuan meraikan agen dan stokis AJ De Parfum dan OliCandy itu turut menyaksikan perasmian haruman terbaharu menampilkanĀ Fattah Amin.

Haruman Wanita Terakhir yang dilancarkan AJ De Parfum diinspirasikan daripada judul lagu Fattah yang juga duta bagi jenama tersebut.

FOTO / @ajdeparfum

Adunan esen melur, vanila dan nilam (patchouli) memberikan haruman menggoda. Istimewanya, wangian edisi terhad itu hanya dikeluarkan sebanyak 1,970 botol untuk direbut para peminat Fattah dan pelanggan khususnya.

Botol kristal dan penutup emas wangian tersebut pula direka khas oleh pereka wangian dari Vienna, Austria.

Layari laman web AJ De Parfum (www.ajdeparfum.com) atau kunjungi Facebook rasmi AJ De’Parfum HQ serta instagram @ajdeparfum bagi mengetahui cara untuk membeli wangian Wanita Terakhir.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini