Cantik

Memilih kanta lekap paling ideal untuk kelembapan mata berpanjangan

By  | 

MENURUT Pengurus Perkhidmatan Profesional Bausch + Lomb Malaysia, Alice Tan, kanta lekap yang ideal perlu memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa, mampu mengekalkan fisiologi kornea dengan baik dan mudah dikendalikan.

Adakah kanta lekap yang anda beli dan gunakan menepati kriteria-kriteria yang disebut seperti di atas? Jika tidak, anda perlu menilai semula kanta lekap tersebut.

Sama ada anda menggunakan kanta lekap sebagai pembantu penglihatan atau sekadar aksesori untuk tampak menawan, jangan sesekali abaikan aspek keselamatan dan kualiti sesebuah kanta lekap.

Antara kanta lekap yang disarankan adalah daripada Bausch + Lomb. Keluaran terbaharu daripada mereka iaitu kanta lekap Biotrue® ONEday juga diperakui pakar sebagai kanta lekap ideal berikutan bahan revolusi hypergel yang digunakan.

Hypergel merujuk kepada bahan generasi baharu yang direka khas untuk berfungsi seperti mata manusia. Ia mengandungi 78 peratus air, sama seperti kandungan air di dalam kornea serta menyerupai lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan.

Makromer berupa Surface Active Macromers yang digunakan juga berfungsi seperti lapisan lipid filem air mata bagi menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air mata di dalam kanta sehingga 16 jam.

Gabungan hidrogel dan hidrogel silikon membolehkan kanta lekap Biotrue® ONEday mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mengatasi kemampuan kanta lekap lain. Ia turut memenuhi tahap oksigen yang diperlukan mata bagi mengekalkan kesihatan dan keselesaan mata.

Pendapat yang mengatakan bahawa kandungan air kanta lekap turut memainkan peranan terhadap pemilihan kanta lekap juga tidak tepat.

Walaupun kandungan air lebih tinggi memberikan keselesaan awal yang efektif, tetapi ia tidak menjamin keselesaan berpanjangan kerana kebiasaannya ia akan cepat kering.

Aliran oksigen juga penting ketika menggunakan kanta lekap. Tambah Alice: “Kornea adalah lapisan terluar mata yang tidak mempunyai bekalan darah tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera.

“Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah baharu untuk mendapat oksigen yang mencukupi.

“Komplikasi ini biasa berlaku apabila seseorang memakai kanta lekap semasa tidur, terutamanya dengan kanta yang tidak direka khas untuk dipakai semalaman.

“Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur adalah tidak digalakkan kerana anda meletakkan mata anda terdedah kepada jangkitan mata dan komplikasi yang lain.”

Kanta lekap Biotrue® ONEday daripada Bausch + Lomb juga memberikan perlindungan ultraungu (UV) dengan menghalang 70 peratus UVA dan 95 peratus sinaran UVB.

Ia kini dijual pada harga RM125 (sekotak) dengan 30 keping kanta lekap dan boleh didapati semua kedai optik terkemuka tanah air. Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) pada harga RM61.50.

Info Bausch + Lomb:
– Laman web: www.bausch.com.my
– Facebook: Bausch + Lomb Malaysia

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *