Lima Tips Mudah Untuk Kekal Muda

0
26

AKTIVITI seharian yang padat dan waktu kerja yang tidak menentu sememangnya amat meletihkan. Lebih-lebih lagi bagi warga kota yang tinggal di bandar-bandar besar. Tentu mereka menghadapi lebih tekanan terutamanya pada waktu pagi dan petang disebabkan kesesakan jalan raya. Sudah pasti rutin seharian sebegini amat memenatkan hingga kita mengabaikan penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat.

Adakah anda tahu bahawa tekanan demi tekanan serta rutin harian yang terlalu sibuk boleh mengakibatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia? Namun anda tidak perlu bimbang kerana Nina Jury telah menyusun lima cara yang mudah untuk anda pratikkan secara konsisten. Mari kita singkap bersama!

1. Masa tidur yang cukup 
Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kala mengakibatkan seseorang individu mengabaikan waktu tidur mereka. Mungkin ramai yang tidak tahu, mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap hari dapat menjana semula tenaga yang hilang akibat keletihan akibat seharian bekerja. Badan manusia memerlukan waktu tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari. Maka, amat penting bagi seseorang itu untuk mendapatkan waktu tidur yang berkualiti bagi mengembalikan kesegaran tubuh sebelum kembali mengerjakan rutin pada hari yang berikutnya.

2. Minum air kosong 
Minum air kosong adalah cara paling mudah dan murah untuk kekal muda. Buktinya, sekitar 80 peratus tubuh manusia terdiri daripada air. Kurang minum air mampu menyebabkan keletihan yang keterlaluan dan masalah kekeringan kulit. Walaupun terpaksa bergegas ke bilik air beberapa kali, namun, ia merupakan perkara yang baik bagi mengeluarkan toksin daripada badan menerusi sistem perkumuhan.

3. Hindari tekanan 
Hanya orang gila sahaja tidak mengalami sebarang tekanan! Itu ungkapan yang sering didengari, namun anda silap kerana tekanan jugalah mampu mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan. Tahukah anda, tekanan mampu menjadikan seseorang itu kelihatan tua sebelum usia? Walaupun tekanan dan manusia tidak dapat dipisahkan, tetapi pada dasarnya, anda sendiri mampu mengawal setiap tekanan yang mendatang. Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.

4. Senyum
Nampak mudah bukan? Hanya perlu senyum untuk kelihatan lebih muda. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu sedang bermasam muka atau marah. Senyum itu bukan sahaja merupakan satu sedekah, malah ianya juga percuma. Sebuah senyuman juga dapat mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih ceria dan positif. Jadi, jangan lupa untuk melengkapkan hari anda dengan mengukir senyuman.

5. Bersenam
Senaman adalah aktiviti paling sukar untuk dilakukan secara konsisten oleh kebanyakan individu. Senaman juga bukan hanya tertumpu pada aktiviti jogging atau di gimnasium sahaja.  Sebagai permulaan, anda hanya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menaiki tangga dan sebagainya.  Tiga kali seminggu, 30 minit setiap sesi sudah memadai.

Kredit gambar: Getty Images

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini