Cantik

Lima cara mudah pulihkan ketiak hitam

By  | 

SAMA seperti wajah, ketiak atau bahagian bawah lengan anda juga perlu tampil cantik dan bersih. Mengapa tidak, jika anda gemar memakai baju tanpa lengan, pasti bahagian bawah lengan menjadi tumpuan fokal sepanjang anda memperagakan busana tersebut. Lebih-lebih lagi jika bahagian bawah lengan anda mempunyai tompokan warna tidak sekata. Pasti ia menjadi momen yang sangat memalukan!

Justeru, Pepatung menyediakan beberapa cara mudah untuk mengembalikan kecantikan kawasan bawah lengan anda dengan lima cara mudah:

1) Dapatkan perkhidmatan waxing
Warna tidak sekata pada bawah lengan biasanya terjadi akibat kehadiran rerambut halus yang berwarna gelap. Perkhidmatan menanggal rerambut secara waxing (di salon) pasti dapat menghilangkan tompokan itu dengan mudah.

2) Pengelupasan
Rawatan pengelupasan sangat penting, terutamanya untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati di bawah lengan yang boleh menyebabkan penampakkan tompok warna gelap. Gunakan batu pumis dan ejen pengelupas yang mengandungi asid laktik tiga hingga empat kali seminggu bagi mendapatkan warna asal kulit pada bahagian ketiak.

3) Tukar deodoran
Kadang-kala, sesetengah deodoran mengandungi bahan kimia yang mampu menyebakan tompok hitam. Bertukar kepada deodoran untuk kulit sensitif mampu mengembalikan warna asal kulit anda. Pasti anda akan berasa senang dengan hasilnya.

4) Minta khidmat pakar kulit
Salah satu sebab mengapa ketiak anda bertompok adalah kerana penghasilan melanin yang berlebihan oleh tubuh akibat iritasi. Biasanya, pakar akan memberikan krim yang mampu mengelakkan pertambahan melanin pada bahagian bawah lengan. Bagi mengelakkan iritasi, elakkan cara menanggalkan rerambut dengan cara yang kasar.

5) Petua tradisional
Tidak semua rawatan moden mampu memulihkan keadaan bawah lengan anda. Jadi, tidak salah mencuba petua tradisional dengan menyapu campuran jus lemon, kunyit, yogurt atau madu pada bahagian bawah lengan. Biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci sehingga bersih.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *