Lee Min Ho meriahkan innisfree Festa 2015

0
6

BERSEMPENA dengan pembukaan kedai pertamanya di Sunway Pyramid, Selangor pada Disember lalu, jenama kecantikan semula jadi paling dipercayai dari Korea, innisfree telah menganjurkan innisfree Festa 2015 menampilkan duta jenama global dari Korea, Lee Min Ho.

5-innisfree festa

Penganjuran innisfree Festa menjadi bukti kepada komitmen jenama tersebut dalam menyediakan produk kecantikan berasaskan bahan-bahan semula jadi dari Pulau Jeju. Sebelum ini, acara tersebut telah diadakan di beberapa buah negara termasuk Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

Pada majlis yang diadakan bersama media, Lee Min Ho sempat menjawab beberapa soalan yang diajukan pengacara majlis. Antara informasi yang sempat dikongsikan adalah pemerhatiannya terhadap kepekaan lelaki masa kini dalam menjaga kulit.

“Kulit saya sendiri bukan berada dalam kondisi terbaik sekarang. Namun saya sedang dalam proses mengembalikan teksturnya agar ia kembali sihat. Justeru, masa memang telah berubah kerana lelaki zaman ini lebih mengambil berat perihal kecantikan,” jelasnya yang perlu menggunakan khidmat penterjemah bahasa.

6-innisfree festa

Aktor Gangnam 1970 itu turut memberitahu antara produk innisfree kegemarannya adalah green tea seed serum. Produk tersebut membantu menghidrasi kulitnya dan memberikan kesegaran selepas seharian di lokasi penggambaran. Selain itu, Lee Min Ho, 28, juga mendedahkan bahawa sebelum keluar rumah, dia pasti menggunakan innisfree forest for men all in-one essence.

Pada sesi petang pula, Lee Min Ho sempat meluangkan waktu bersama sekumpulan peminat bertuah secara eksklusif. Antara sesi menarik pada majlis itu adalah Bingo Talk Time. Permainan tersebut tidak hanya membolehkan para pelanggan mengenali Lee Min Ho secara lebih dekat, malah turut memberi ganjaran kepada tiga peserta pertama yang berjaya menyempurnakan garisan Bingo dengan hadiah berupa set teh hijau innisfree dan sesi bergambar.

3-innisfree festa

Tiga peminat bertuah yang dipilih sendiri Lee Min Ho daripada wishing tree pula diberi peluang naik ke atas pentas bagi membacakan mesej peribadi masing-masing kepada Lee Min Ho.

Innisfree kini di pusat beli-belah Sunway Pyramid, G1.70, Ground Floor (Orange Zone). Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Facebook innisfree.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini