Kelembutan mentega shea dalam trio baharu L’OCCITANE

0
55

L’OCCITANE memperkenalkan koleksi baharu, Whipped Shea Butter yang diilhamkan daripada mentega shea bagi memberikan kelembutan dan keringanan tekstur bagaikan mus (mousse). Mulakan tahun baru anda bersama trio daripada koleksi ini.

1) Whipped Shower Foam (150ml) – RM641-loccitane whipped shea butter

Tiada lagi kemalasan untuk bangun pagi selepas anda memiliki buih mandian yang tebal dan berkrim ini. Picit mus pada tapak tangan dan ratakan ke seluruh tubuh bagi menikmati kesegaran buihnya yang lembut dan ringan ibarat buih putih telur ketika dipukul dan diputar.

2) Whipped Hand Cream (30ml) – RM392-loccitane whipped shea butter
Anda pasti tidak mahu berenggang dengan krim tangan ini. Teksturnya mencair sebaik sahaja diurut kepada kulit dan kandungan 25 peratus mentega shea di dalamnya membantu mengelakkan kekeringan. Jika tangan anda mampu bersuara, ia pasti akan berterima kasih kepada anda.

3) Whipped Body Cream (125ml) – RM108
4-loccitane whipped shea butterAlami sensasi kelembutan menakjubkan bersama krim badan ini. Kelembutan teksturnya menyerupai kelembutan meringue yang baru diputar. ¬†Selepas diaplikasikan, krimnya akan ‘berpecah’ dan kemudiannya mencair ke dalam kulit. Produk ini membantu menyihat, melembutkan dan melindungi keseluruhan kulit anda.

Selain tiga produk baharu di atas, L’OCCITANE Malaysia menerusi usahanya mengumpul dana untuk tujuan kebajikan, turut memperkenalkan satu lagi produk iaitu¬†Apricot Solidarity Soap (50g). Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif global jenama ini bagi membantu golongan cacat penglihatan.

Dilaporkan hampir 285 juta penduduk dunia mengalami kecacatan penglihatan. Namun 80 peratus daripada masalah tersebut (termasuk buta) mampu dielakkan.3-loccitane whipped shea butter

Justeru, 100 peratus daripada keuntungan (selepas harga runcit ditolak cukai, pengangkutan dan kos pengeluaran) jualan sabun berharga RM23 itu akan disalurkan kepada pembiayaan projek kesihatan mata di negara-negara membangun dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Yayasan L’OCCITANE.

Sabun aprikot solidariti ini mengandungi 5 peratus mentega shea yang mampu menyihat, membersihkan dan melindungi kulit.

Rangkaian Whipped Shea Butter dan Apricot Solidarity Soap kini boleh didapati di semua kaunter L’OCCITANE seluruh negara. Anda juga boleh melayari laman rasmi Facebook L’OCCITANE Malaysia bagi mengikuti perkembangan terbaharu tentang produk dan promosi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini