SELALUNYA, kita melihat pelbagai jenis krim tabir suria dijual di pasaran. Krim ini bertujuan untuk melindungi bahagian kulit tertentu seperti kulit wajah dan tubuh bagi mengelakkan rosak dibakar bahang cahaya matahari.

Namun baru-baru ini, terdapat sebuah syarikat yang menjual pil tabir suria dan didakwa mampu melindungi kulit sama seperti krim tabir suria konvensional. Tetapi, menurut Food and Drug Administration (FDA), tiada sebarang pil atau kapsul yang mampu menggantikan krim tabir suria.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FDA: “Pil tabir suria berbahaya kerana ia memberi harapan palsu bahawa suplemen ini mampu mencegah sinar ultraviolet, sekaligus mengurangkan proses penuaan pada kulit akibat sinaran matahari, atau melindungi dari kanser kulit,” tulis FDA.

Begitupun, salah satu perusahaan pembuatan pil tabir suria, Napa Valley Bioscience, mendakwa yang pil buatan mereka, Sunsafe Rx telah melalui ujian klinikal bagi membantu melindungi kulit.

Sudah jelas sinar matahari berbahaya bagi kulit. Kami tidak memasarkan Sunsafe Rx sebagai tabir suria dan tidak mengatakan pada pelanggan bahawa mereka tidak perlu perlindungan lain daripada sinar matahari. Setiap orang harus berhati-hati terhadap sinar matahari,” ujar wakil perusahaan itu kepada portal TIME.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini