Cantik

Haruman semerbak kelopak putih segar

By  | 

WANGIAN terbaharu Dolce & Gabbana, Dolce Floral Drops menumpukan kepada keharuman bunga yang segar dan unik. Eau de Toilette (EDT) itu diinspirasikan daripada nota-nota Dolce Eau de Parfum (EDP) dengan mengekalkan keharmonian signaturnya berupa bunga putih yang dipusatkan kepada bunga bakung putih.

Dolce Floral Drops mencantumkan kandungan tersebut bersama daun neroli yang menyerlahkan karakter dan kesegarannya. Selain daun neroli, bunga betik turut dijadikan bahan bagi menyemarakkan nota atas. Sementara itu, bunga bakung putih, dafodil putih dan teratai putih membentuk haruman nota tengah. Ia kemudiannya didasari cashmeran, nota berbau kesturi (musky) dan kayu cendana (sandalwood).

2-dolce floral drops

Dipek di dalam botol Dolce berbentuk unik menggunakan kaca tebal bersama garis melengkung dan tapak yang kuat, penutupnya pula direka dalam bentuk ukiran bunga dengan kelopak-kelopak bunga berwarna putih susu. Kaca berkabut (frosted) botol tersebut juga menyerlahkan bayangan warna hijau haruman di dalamnya, sekali gus menjadi ekspresi terhadap kesegaran dalam setiap semburan Dolce Floral Drops.

Dolce & Gabbana Dolce Floral Drops (EDT)
Eau de Toilette (30ml) – RM260
Eau de Toilette (50ml) – RM339
Eau de Toilette (75ml) – RM437
Eau de Toilette (150ml) – RM617

Dolce & Gabbana Dolce (EDP)
Dolce Eau de Parfum (30ml) – RM278
Dolce Eau de Parfum (50ml) – RM377
Dolce Eau de Parfum (75ml) – RM498

Haruman Dolce Floral Drops kini boleh didapati di kaunter Dolce & Gabbana di seluruh negara.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *