Gunting dan Sikat

Empat kitaran rawatan rambut di rumah

By  | 

KUNJUNGAN bulanan ke salun bagi menjalani rawatan rambut pastinya lebih mudah. Dengan adanya pemantauan daripada pendandan rambut profesional, you know you’re in good hands.

Temu janji ke salun juga tidaklah begitu kerap, memadai sekali untuk setiap enam minggu. Malah di salun, anda akan menjalani rawatan menggunakan mesin pemanas atau MicroMist yang dapat membantu penyerapan lebih efektif dan tahan lebih lama.

2-gunting sikat rumah Foto: decatto

Bagaimanapun kos rawatan di salun mungkin agak membebankan kepada segelintir individu. Maka ramai yang mencari alternatif menjimatkan termasuklah melakukan rawatan di rumah. Persoalannya, mampukan rambut kekal sihat dan bergaya tanpa berbelanja lebih?

Sebenarnya rawatan rambut di rumah menggunakan produk profesional dari salun juga berupaya memberikan kesan memberangsangkan bak sentuhan profesional. Paling utama adalah kerajinan, konsistensi, komited dan dilakukan dengan cara yang betul.

Kali ini, Bambang berkongsi informasi berguna yang boleh dipraktikkan sekiranya anda bercadang menjalankan rawatan rambut di rumah.

Betul = Syampu + Rawatan (treatment) + Perapi (conditioner – jika perlu)
Salah = Syampu + Perapi + Masker

3-gunting dan sikat rumah Foto: thefoolishobsession

1) Mulakan dengan mencuci rambut menggunakan syampu jenis deep cleansing dan dibilas dengan air suam. Syampu jenis ini bertindak membersihkan rambut sehingga ke liang pori dengan lebih mendalam. Penggunaan air hangat untuk membilas pula dapat membantu membuka kutikel rambut sebagai persediaan awal rawatan.

Happy young woman applying hair conditioner Foto: beautifulshoes

2) Selepas rambut dibersihkan, pastikan masker yang bersesuaian dengan jenis rambut dilumur terlebih dahulu sebelum anda mengaplikasikan pelembap (moisturizer). Penggunaan perapi sebelum masker adalah a big no kerana ia akan menutup kutikel dan menghalang penyerapan masker.

Sebaik-baiknya, pelembap digunakan selepas produk rawatan dibilas. Biarpun ia bukan satu kemestian tetapi boleh dipraktikan apabila perlu. Ia amat berguna untuk rambut yang sangat kering sebelum dibilas bersih ketika kitaran terakhir.

Foto: jerichoskincare

3) Sementara menunggu masker untuk bertindak, anda boleh membalut kepala menggunakan tuala daripada fabrik kapas (cotton towel). Beri masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk produk meresap sehingga ke akar umbi. Ambil peluang ini untuk melapangkan diri sambil bersantai menonoton televisyen atau membaca buku.

6-gunting sikat rumah Foto: Wikihow

4) Apabila cukup masa, bilas rambut anda menggunakan air dingin yang bersih. Kaedah ini membantu menutup semula pori-pori yang terbuka tadi. Hasilnya rawatan dapat bertahan dengan lebih lama seperti pengunaan mesin pemanas di salun.

Nah, siapa kata rambut cantik is out of reach? Dengan perawatan yang betul, anda pasti gembira melihat hasil selepas empat kitaran rawatan di rumah. Lebih-lebih lagi di musim panas yang kering seperti sekarang. It’s a must untuk memberikan lebih perhatian agar rambut kekal sihat sempurna. Selamat mencuba!

Comments

comments

Individu di sebalik salon Hairkunst yang bertapak pada 2007. Selepas lapan tahun beroperasi, Hairkunst berkembang menjadi jenama dandanan dan penggayaan rambut pilihan ramai orang kenamaan, tokoh korporat, selebriti dan masyarakat setempat. Bambang juga merupakan pengasas Persatuan Pendandan Rambut Bumiputera dan aktif menjalankan ceramah berkaitan bidang dandanan rambut.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *