Cantik

Gula-gula suplemen OLIcandy pencerah kulit

By  | 

TERDAPAT banyak produk kecantikan dan kesihatan yang dipermudahkan pengambilannya masa kini. Selain losen dan krim kecantikan, suplemen yang perlu dimakan juga menjadi alternatif pencerah kulit popular.

CT_0002.jpg-c

OLIcandy antaranya, produk keluaran tempatan yang dihasilkan bagi membantu mencerah, menyeri dan menyihatkan kulit. Menariknya ia disediakan dalam bentuk tablet yang boleh dikemam seperti gula-gula biasa. Maka ia dapat mengatasi ketakutan sesetengah individu yang tidak gemar rasa pahit ubat atau suplemen. Satu botol gula-gula suplemen berperisa oren itu mengandungi 30 biji tablet.

IMG_0093.jpg-c

Sebagai produk Malaysia pertama menggunakan daun zaitun dalam inovasi pencerahan kulit, OLIcandy keluaran V-Sireh diformulasi untuk lelaki dan perempuan berusia 13 tahun ke atas. Terdapat 10 manfaat utama yang akan diperoleh individu yang mengambil OLIcandy:

1) Membantu mencerahkan kulit muka dan badan sehingga gebu kemerahan.
2) Membantu menyelesaikan masalah jerawat seawal tiga hari.
3) Membantu menghilangkan parut bukan sahaja di wajah malah parut lama di badan.
4) Membantu menyelesaikan masalah jeragat yang telah terbentuk lama seawal tujuh hari.
5) Membantu memberi kecergasan dan tenaga luar biasa sepanjang hari.
6) Memperbaiki tekstur kulit tua dan mati.
7) Mengurangkan pigmentasi dan garis kedutan.
8) Merangsang dan menghasilkan glutation dalam badan secara semula jadi.
9) Memudarkan bintik gelap di seluruh badan.
10) Menggandakan kecerahan tona kulit.

Cara pengambilannya juga mudah. Hanya satu atau dua tablet perlu diambil dalam sehari bagi mendapatkan kesan maksima. Ia juga boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan. Bagi membantu proses pencerahan, pastikan anda meminum dua liter air kosong sepanjang hari.

IMG_0138.jpg-c

Kesan pengambilan dapat dilihat seawal satu minggu tetapi ia bergantung kepada hormon individu.

Info OLIcandy:
Harga: RM 59 (Semenanjung Malaysia) & RM63 (Sabah & Sarawak)
Laman web: www.vsireh.com
Facebook: OLIcandy V-Sireh
Instagram: @vsirehofficial

Kredit foto: OLIcandy by V-Sireh

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *