Gaya Baharu Lob

0
52
Sebelum1/9Seterusnya

Apakah itu lob?

APAKAH yang dimaksudkan dengan lob? Istilah itu merujuk kepada dua gabungan dua perkataan: long dan bob. Gaya rambut bob pasti menjadi pilihan para gadis yang menginginkan imej segar. Biasanya, gaya rambut sedemikian ditentukan dengan panjang rambut yang dipotong minimum pada aras selari dengan dua cuping telinga.

Namun, bagi gaya lob, potongannya masih sama seperti bob tradisional, cuma rambut perlu dipendekkan sedikit di bahagian belakang dan panjang pada bahagian hadapan. Ramai pelakon serta penyanyi mula menggayakan gaya rambut ini antaranya Beyonce, Emma Stone dan Taylor Swift.

Jika anda mempunyai rambut yang panjang dan masih ragu-ragu untuk gaya potongan rambut baharu, cubalah gaya ini. Rambut masih tampak panjang walau hakikatnya ia memberikan dimensi baharu pada raut wajah. Masih kurang yakin? Cubalah antara gaya-gaya selebriti seperti yang dipaparkan dalam galeri di bawah.

Beyoncé

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini