Cantik

Gandakan keyakinan dengan haruman maskulin Romano

By  | 

WANGIAN maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti lelaki. Memilih minyak wangi yang bertepatan dengan diri sangat penting dalam menyerlahkan karisma diri.

FOTO/TIES.COM

Ramai lelaki mengabaikan kepentingan menyembur haruman sebelum keluar rumah. Apatah lagi lelaki yang mempunyai masalah bau badan ataupun kerap berpeluh.

Minyak wangi bukan sahaja bertujuan untuk kita mengharumkan diri, tetapi membolehkan orang di sekeliling berasa selesa duduk berhampiran kita.

Tidak dinafikan, harga minyak wangi di pasaran yang benar-benar menepati jiwa lelaki agak mahal. Namun, masih terdapat pilihan haruman jejaka pada harga berpatutan yang sempurna untuk kaum Adam.

Romano misalnya, mengeluarkan dua variasi haruman lelaki; Force dan Unique yang disesuaikan dengan karakter lelaki kontemporari masa kini.

Romano Eau De Toilette – FORCE

Menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegaran Force terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin kayuan. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

Romano Eau De Toilette – UNIQUE

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Unique menyerlahkan kesegaran adunan lavender dan bergamot. Ia disempurnakan dengan ekstrak kayuan serta kombinasi cendana (sandalwood) dan nilam (patchouli). Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Romano Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *