Cantik

Fenomena budaya berjambang

By  | 

MODEL Britain bernama Ricki Hall, 27, kini disanjung sebagai lelaki berjambang terseksi pada era moden ini. Trend berjambang kembali digilai para jejaka selepas fenomena metroseksual melanda dunia untuk satu tempoh yang panjang. Bagaimanapun, lelaki yang selesa bermisai, janggut, kumis dan jambang hanya condong dalam konteks penampilan di Barat khususnya Eropah. Di Asia, Malaysia misalnya, masih kekurangan kelompok kaum Adam yang mengagungkan empat jenis rambut pada wajah itu sebagai lambang kelelakian.

Ricki Hall dilabelkan sebagai lelaki berjambang terseksi.

Ricki Hall dilabelkan sebagai lelaki berjambang terseksi.

Namun dalam diam, perkembangannya kian rancak. Pengaruh fesyen bersut segak yang semakin diterima anak-anak muda turut meningkatkan populariti penampilan berjambang sebagai satu kemestian. Kewujudan produk-produk tempatan yang menggalakkan penumbuhan jambang juga mempercepatkan fenomena tersebut.

Ombak Beard Oil umpamanya, antara jenama produk penumbuhan jambang lokal yang meraih kepercayaan segera dalam kalangan lelaki. Label di bawah Ombak Wear Trading (OmbakWear) itu diasaskan oleh dua usahawan muda, Husni Mubarak, 25, selaku pengasas dan Farhan Idris, 24, yang bertindak sebagai pengasas bersama.

Kekaguman mereka terhadap penampilan segak lelaki Britain yang menjadikan jambang sebagai pelengkap gaya telah mencetuskan idea untuk menghasilkan minyak penumbuhan jambang tersebut.

2-beard

“Selain melihatnya sebagai satu potensi perniagaan, kami mendapati bahawa budaya berjambang ini mula menjadi fenomena. Kami juga mahu mengubah persepsi masyarakat tempatan yang mengaitkan penampilan berjambang hanya sesuai dibawa oleh lelaki bersut. Tanggapan itu sangat tidak benar. Lelaki berjambang boleh menggayakan apa jua pakaian termasuklah fesyen jalanan dan kasual.

“Sebelum ini orang menolak imej berjambang sebab malas mahu menyarungkan sut kerana cuaca di Malaysia yang panas. Stigma itu mesti dileburkan,” begitu pendapat Farhan ketika ditemui Pepatung di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Ombak Beard Oil yang menggunakan perkataan ombak bagi mewakili elemen terkenal di sekitar Asia Tenggara juga dicipta bagi menggalakkan lebih ramai lelaki berminat untuk menyimpan jambang. Mengapa lelaki perlu berjambang? Rasionalnya mudah. Selain mudah menarik perhatian wanita yang menyifatkan lelaki berjambang kelihatan lebih budiman, jambang juga mampu meningkatkan tahap keyakinan lelaki. Ia menyerlahkan pesona maskulin terhadap fizikal seseorang terutama mereka yang mempunyai wajah ‘jambu’.

3-beard

“Kematangan lelaki juga akan terserlah apabila mereka menyimpan janggut, misai, kumis dan jambang. Ia sangat membantu lelaki yang kurang keyakinan diri kerana mempunyai wajah kebudak-budakkan dan mahu tampak lebih macho. Namun sekiranya anda tergolong dalam kumpulan lelaki yang memang tidak mempunyai rambut pada wajah, kami tidak menggalakkan anda untuk mencuba kerana hasilnya tetap bergantung kepada genetik seseorang.

“Justeru kepantasan hasilnya juga bergantung terhadap genetik. Ada yang melihat hasilnya selepas seminggu dan ada pula yang perlu menunggu lebih daripada dua minggu,” tambah Farhan yang telah berjaya menjual kira-kira 15,000 hingga 18,000 botol Ombak Beard Oil sejak ia diperkenalkan pada Jun tahun lalu.

Cara penggunaan

Menggunakan 100 peratus ekstrak tumbuh-tumbuhan, kandungan Ombak Beard Oil didasari oleh minyak kacang badam, minyak biji anggur, minyak kelapa dara, minyak jojoba, minyak pati (essential) dan Vitamin E. Tidak menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya atau ekstrak haiwan, produk ini juga menerima perakuan sijil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Amalan Perkilangan yang Baik (GMP).

Proses penghasilannya termasuk pembangunan dan penyelidikan (R&D) pula memakan masa selama lima bulan. Uniknya produk ini adalah baunya yang menyenangkan apabila disapukan pada wajah. Kegatalan yang dirasakan pada awal penggunaan juga mampu dineutralkan oleh kandungan Vitamin E.

6-beard

Penggunaannya juga mudah. Anda hanya perlu titiskan kurang daripada lima titik minyak pada tapak tangan dan sapukan pada bahagian yang ingin anda tumpukan. Menurut Farhan, ia perlu digunakan dua kali sehari. Penggunaan pada waktu pagi sebaik-baiknya diaplikasikan selepas rejim bercukur. Dengan cara itu, minyak dapat meresap ke dalam liang roma tanpa sekatan.

Namun bagi mereka yang sayang untuk membuang misai, janggut atau jambang sedia ada dan bertujuan untuk memanjang serta melebatkan rambut wajah itu, gunakan teknik menuam muka menggunakan air suam. Kemudian, keringkan muka sebelum menyapu minyak tersebut. Selepas lima minit, permukaan yang disapu akan mengering dan anda boleh meneruskan rejim penjagaan wajah anda sama ada dengan menggunakan pelembap atau krim pelindung matahari seperti biasa.

4-beard

Aplikasi pada waktu malam juga penting kerana proses penumbuhan akan bertindak lebih pantas ketika anda tidur. Untuk keberkesanan memberangsangkan, usaha dan kesabaran seseorang amat dituntut. Sebagai produk yang merangsang penumbuhan jambang dan perapian bagi menjadikan rambut wajah lebih kemas, sihat dan berkilat, kepuasan pelanggan terhadap efek produk ini dikatakan berada pada skala 8/10.

“Mereka yang sudah berjambang juga boleh menggunakan produk ini bagi mengatasi masalah kelemumur jambang (beardruff) yang sering mengakibatkan kegatalan. Ia turut menyubur dan memberi penumbuhan sekata secara menyeluruh. Selepas hasilnya anda peroleh, anda boleh meneruskan penggunaan jika mahu memanjangkan jambang. Kesannya juga kekal walaupun anda berhenti menggunakan produk ini,” jelas Farhan yang mengingatkan pengguna bahawa tidak perlu risau sekiranya minyak terkena pada telinga atau tangan kerana ia tidak memberi sebarang efek.

5-beard

Menjalani produksi sepenuhnya di dalam negara, botol bersaiz 30 mililiter (ml) itu dijual pada harga RM50 untuk pembelian secara langsung atau Cash on Delivery (COD) manakala RM60 untuk yang memesan menerusi pos. Ia boleh bertahan selama sebulan hingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan seseorang.

Pembelian boleh dibuat menerusi hampir 30 ejen yang dilantik di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Di Indonesia pula boleh didapati daripada pembekal tunggal mereka. Bagi mengetahui ejen atau kedai berhampiran anda dan membuat pesanan, hubungi 013-6004 866. Anda juga mengunjungi Instagram rasmi @ombakwear untuk rujukan lanjut.

Menjelang hujung bulan ini atau pertengahan April, OmbakWear bakal mengeluarkan syampu yang direka khas bagi membersihkan pomade dan sabun badan dengan haruman maskulin menggunakan ekstrak kayu cedar. Pomade juga dijangka dilancarkan dalam tahun ini.

Kredit foto: Chasseurmagazine/Zuaimy Mustamam

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *