Elakkan mandi dalam keadaan berpeluh – Kevin Zahri

0
109

PADA usia 35 tahun, fizikal Kevin Zahri masih terpelihara jika dibandingkan dengan lelaki seusianya. Sebagai pakar kecergasan prolifik tanah air, Kevin juga memiliki pendapat tersendiri berkenaan penjagaan peribadi. Berpeluang bertemu ‘cikgu fitness’ ini pada majlis pelancaran Nivea Cool Kick Triple Shield Challenge baru-baru ini, Kevin melapangkan sedikit waktu menjawab lima soalan daripada Pepatung.

7-nivea cool kick

Pepatung: Seorang lelaki aktif sering berpeluh, jadi apakah kriteria yang perlu dititikberatkan ketika memilih deodoran yang sesuai?
Kevin: Pengguna sebenarnya mempunyai banyak pilihan. Bagi saya, ia terpulang kepada individu dan setiap orang mesti mencuba beberapa jenis deodoran sebelum mengenal pasti yang sesuai dengan diri mereka, sama ada jenis semburan atau stick.

Pepatung: Bagaimana dengan anda? Deodoran pilihan anda?
Kevin: Sejujurnya saya memakai deodoran mengikut musim dan sekarang saya menggunakan Nivea Men Cool Kick. Kadang-kadang apabila terima hadiah set wangian yang didatangkan bersama deodoran stick, saya gunakan yang itu sahaja.

Pepatung: Apakah produk yang mesti anda gunakan sebelum keluar rumah?
Kevin: Secara peribadi, sebelum keluar rumah saya akan mengaplikasikan pelembap (moisturizer) yang dilengkapi perlindungan SPF. Apabila ada program senaman outdoor pula, saya mesti menggunakan krim pelindung matahari (sunblock) kerana cuaca di Malaysia agak panas. Cuaca panas akan memberi efek negatif kepada kulit, seterusnya mempercepatkan proses penuaan dan merosakkan kulit. Jadi, anda kena tahu produk apa yang perlu dipakai mengikut kesesuaian keadaan.

Pepatung: Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa mandi selepas bersenam dalam keadaan masih berpeluh adalah satu tabiat tidak sihat?
Kevin: Memang benar kerana apabila anda berpeluh, tubuh masih membebaskan haba. Tujuan kita untuk mandi pula adalah menyejuk dan menyegarkan tubuh, jadi anda perlu biarkan proses perpeluhan selesai sebelum mandi. Jika anda mandi terus dalam keadaan masih berpeluh, biarpun sesudah tubuh dikeringkan, anda masih berasa melekit kerana toksin daripada peluh belum habis keluar.

Pepatung: Apakah progam yang sedang anda jalankan sekarang?
Kevin: Saya banyak fokus kepada program pendidikan kesihatan dan paling utama adalah program Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang bermula 17 Januari lalu. Selain itu, saya banyak melibatkan diri dengan program korporat dan pembelajaran secara dalam talian menerusi laman web kevinzahri.com. Ia bagi memudahkan mereka yang tidak mempunyai masa untuk menyertai JK1M mengambil bahagian dalam cabaran dalam talian. Secara amnya, saya banyak terlibat bersama program bagi membantu rakyat Malaysia menurunkan berat badan mengikut gaya hidup kita.

6-nivea cool kick

Sementara itu Kempen Nivea Cool Kick Triple Shield Challenge akan melibatkan cabaran kepada golongan lelaki sama ada dalam bentuk digital atau di atau di medan pertempuran sebenar (ground battle). Sebagai pengguna, anda boleh menyertai cabaran ini secara digital menerusi permainan dalam talian Triple Shield yang boleh diakses di laman Facebook Nivea tripleshield di mana hadiah bernilai RM80,000 kini sedia untuk dimenangi.

Peraduan ini berlangsung bermula Januari sehingga April 2015. Selain kempen digital, cabaran ground battle juga dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 April 2015 di Blue Concourse, Sunway Pyramid melibatkan 64 pasukan daripada kolej-kolej seluruh Malaysia. Mereka akan bersaing selama dua hari bagi merebut hadiah bernilai RM50,000.

Idea terhadap pelaksanaan Triple Shield Game ini tidak hanya bertujuan memberi keseronokan, malah ia turut menekankan kepada tiga masalah biasa yang sering dihadapi lelaki sehinggakan mempengaruhi tahap keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. Permainan yang diinspirasikan daripada sukan dodgeball itu memerlukan pasukan yang dianggotai tiga ahli untuk mempertahankan diri daripada serangan tiga biji bola yang dilontarkan pasukan lawan.

Pada akhir perlawanan, pasukan yang mampu mempertahankan diri paling lama daripada tiga ancaman menggunakan tiga perisai ganda tiga yang disediakan akan memenangi perlawanan dan layak untuk ke peringkat seterusnya.

Nivea Men Cool Kick memberikan perlindungan ganda tiga terhadap peluh, bakteria dan bau badan. Formula penyamanannya memberikan kedinginan maksimum dan perasaan selesa bagi mencegah pengumpulan peluh yang kemudiannya bereaksi dengan bakteria dan seterusnya menyebabkan bau badan.

3-nivea cool kick

Deodoran Nivea Men Cool Kick disediakan saiz dan jenis berikut:

2-nivea cool kick

1) Roll-on (25ml) – RM4.90
2) Roll-on (50ml) – RM9.80
3) Stick (40ml) – RM11.90
4) Spray (150ml) – RM15.90

 

 

Kesemua deodoran ini boleh diperoleh di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. Untuk keterangan lanjut tentang Nivea Men Cool Kick, layari www.niveamen.com.my dan laman rasmi Facebook Nivea Men.

1-nive cool kick

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini