Duo penyelamat rambut di waktu kecemasan

0
96

RAMBUT adalah mahkota kepada setiap wanita. Mereka yang berambut panjang khususnya, sanggup berhabis banyak wang ringgit demi menguruskan rambut agar kekal sihat, berkilau dan berseri. Namun, dalam dunia serba pantas kini, wanita berkerjaya terutamanya, sering berdepan kekangan masa bagi merapi rambut dalam tempoh singkat.

Hanya pada hujung minggu atau waktu makan tengahari, anda berpeluang untuk ke salon bagi memanjakan diri. Namun, tahukah anda bahawa terdapat alternatif singkat dan efektif bagi mendapatkan rambut kekal menawan? Pepatung rangkumkan tiga penyelesaian unik ini menggunakan dua produk menarik.

1) Syampu/perapi melurus rambut

2-sunsilk straight
Syampu Sunsilk Perfect Straight (RM12.90 – 340ml), Perapi Sunsilk Perfect Straight (RM12.90 – 320ml)

Terkejar-kejar untuk bersiap ke pejabat sehingga anda tidak sempat meluruskan rambut menggunakan alat pelurus rambut? Kini anda tidak perlu gusar sekiranya tidak sempat untuk meluruskan rambut sebelum keluar rumah. Menerusi syampu dan perapi Sunsilk Perfect Straight baharu, wanita berambut lurus akan mendapat rambut yang lurus menawan sepanjang hari walaupun selepas dikeringkan.

Kebimbangan rambut menjadi kusut selepas ia mengering bukan lagi satu masalah. Produk terkini daripada Sunsilk ini diformulasi dengan Straight Lock Technology yang menembusi jauh ke dalam serat rambut bagi mengurangkan kekusutan dan secara aktif mengunci setiap helaian rambut agar ia kekal lurus dan rapi ketika mengering.

Alternatif semula jadi ini juga membuatkan rambut anda mudah diurus. Justeru, mungkin anda tidak lagi memerlukan alat pelurus rambut yang jika diguna secara harian/kerap mampu merosakkan rambut. Produk ini boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. Anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi SunsilkMalaysia untuk keterangan lanjut.

2) Krim BB dengan 10 faedah rawatan

Krim BB Rambut Total Damage Care 10 (RM7.90 - 135ml)
Krim BB Rambut Total Damage Care 10 (RM7.90 – 135ml)

Sebelum ini industri kecantikan dilanda fenomena krim BB yang merupakan solusi pantas kepada rejim penjagaan kulit. Produk ciptaan pakar dermatologi Jerman itu kemudiannya diolah pakar dari Korea sehinggakan ia menjadi antara produk kosmetik terlaris di rantau Asia.

Peluasan produk itu tidak terhenti di situ sahaja. Jenama penjagaan rambut global, Pantene muncul bersama krim BB pertama untuk rambut. Sepertimana krim BB untuk kulit, Total Damage Care 10 BB Crème for Hair ini juga merupakan produk tanpa pigmentasi yang dilengkapi 10 faedah rawatan ke atas rambut.

Kelebihan itu membolehkan ia mengekang masalah kerapuhan, kekusutan, hujung bercabang dan menjadikan rambut licin, lembap, bersinar, mudah diurus, lembut serta melindungi daripada sinaran matahari dan mengawal rambut keriting. Semua perlindungan ini dihimpunkan dalam satu formula sahaja.

Krim BB rambut ini berfungsi seperti produk leave-in (sejenis krim yang diaplikasi pada rambut tanpa perlu dibilas), cuma ia lebih ringan dan dicipta bagi menjimatkan masa dan memaksimumkan keefisienan. Menggunakan bahan-bahan berkhasiat, ia juga mengelakkan rambut menggerbang dan memberikan kemasan akhir agar rambut tampak sihat bersinar.

Maka anda tidak lagi memerlukan perapi leave-in, semburan perlindungan matahari atau wax penggayaaan. Krim BB ini mampu untuk menjadi teman anda di waktu kecemasan. Anda juga tidak lagi perlu bimbang tentang kekangan masa untuk mendandan rambut.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini