Cantik

Cara menguji kadar kesihatan rambut sebelum mewarnakannya

By  | 

RAMBUT adalah mahkota dan kita bebas untuk menggayakannya mengikut trend dan citarasa. Namun, anda pasti berdolak-dalik setiap kali mahu menukar warna rambut kerana gusar proses tersebut akan menyebabkan kerosakkan yang teruk. Anda tidak mahu rambut yang sudah sedia rosak kelihatan seperti penyapu sebaik sahaja anda bercadang untuk mendapatkan khidmat pewarnaan di salon.

Bagaimana mahu menguji kadar kesihatan rambut anda?

Menurut Elizabeth Maloy, pakar penggaya dan pewarna rambut di Paul Labrecque Salon, New York, bahagiakan rambut anda pada beberapa bahagian dengan menggunakan jari. Titiskan beberapa titik air bersih pada permukaan rambut. Jika air tersebut diserap oleh rambut kurang daripada 10 saat, ia bermakna kutikel rambut anda banyak yang telah terbuka dan terlalu bahaya untuk menjalani proses pewarnaan.

Langkah mudah untuk mengembalikan kesihatan rambut adalah dengan menggunakan perapi yang mengandungi kadar pelembab tinggi selain mengelakkan penggunaan alatan panas.

Periksa kesihatan rambut anda dengan kadar berkala selama beberapa minggu sebelum anda bercadang untuk ke salon dan menukar warna rambut baharu.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *