Cara memicit jerawat yang betul

0
22

ADA banyak hal tentang kepuasan apabila kita bercakap mengenai proses memicit jerawat. Bagaikan satu misi, melihat jari-jemari menolak anasir-anasir tidak perlu yang tumbuh di bawah permukaan kulit pasti memberi rasa gejolak yang sangat berbeza. Bahkan, rasa puas pastinya hadir tatkala melihat tiada lagi bintil merah bertompok putih di bahagian atas muncul pada permukaan wajah.

Namun, sejujurnya, proses sebegini boleh mengundang sedikit risiko – infeksi akibat bakteria dan bekas parut – dan ia bukanlah sesuatu yang anda ingin lihat selepas memicit keluar isi jerawat. Justeru, ikuti langkah demi langkah yang disediakan Pepatung untuk memicit jerawat dengan cara yang betul.

Sebelum memicit:
1) Pastikan jari-jemari dan permukaan kulit berada dalam keadaan bersih
Bagi memastikan tiada jangkitan bakteria berlaku, pastikan kulit anda benar-benar bersih. Potong kuku sebelum memulakan proses ini. Pastinya anda tidak mahu melukakan permukaan kulit anda yang mulus itu.

2) Pastikan jerawat benar-benar matang
Jika jerawat anda masih merah secara keseluruhan, ia masih belum sesuai untuk dipicit. Pastikan ada tompok putih pada bahagian atas jerawat sebelum memulakan proses memicit. Memecahkan jerawat yang masih belum matang boleh mengakibatkan kemunculan parut kekal. Oh tidak!

Jika semuanya telah bersedia, berikut merupakan cara-cara untuk memicit jerawat:
3) Posisikan jari anda pada pukul 3 dan 9
Kunci utama ketika memicit adalah memberi tekanan pada bahagian bawah jerawat. Jangan sesekali memicit pada bahagian atas. Picit dengan perlahan-lahan sehingga jerawat anda pecah dengan sendiri.

4) Jika tidak meletus, tukar posisi
Tukar ke posisi pukul 2 dan 8 jika jerawat anda tidak pecah. Namun, jika percubaan ketiga masih juga gagal, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan proses ini sehingga anda benar-benar pasti jerawat anda telah matang.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini