Baru berusia 19 tahun, Tasnim Shah sudah lancar kosmetik sendiri

0
422

PERSONALITI media sosial dengan pengikut mencecah ratusan ribu di instagram sering dijadikan pilihan jenama-jenama produk bagi mempromosikan barangan jualan mereka.

Segelintir personaliti media sosial menjadikan sumber pendapatan itu sebagai pekerjaan tetap manakala sebilangan yang lain sekadar mengelaskan ia sebagai wang saku.

FOTO/@TASNIMSHAH_

Bagi Tasnim Shah, personaliti media sosial berusia 19 tahun, biarpun sering menerima tawaran mengulas (review) produk di instagram, dia tekad mencabar diri untuk terjun dalam dunia perniagaan.

Walaupun masih muda dan baru menamatkan pengajian asasi undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tasnim Shah telah melancarkan produk pertama di bawah jenama kosmetiknya, Tasnim Shah Cosmetic.

FOTO/@TASNIMSHAH_

Dengan pengikut hampir 300,000 di instagram (@tasnimshah_), Tasnim Shah yang bercita-cita untuk menjadi peguam dan dalam masa yang sama bergelar usahawanita berjaya, menceritakan kisah bagaimana dia mampu mengumpulkan pengikut seramai itu.

“Pada awalnya saya memang tidak bercadang untuk membuka laman sosial. Selepas dipujuk kawan-kawan, saya membuka akaun instagram ketika berumur 16 tahun (tingkatan 4).

“Pertengahan tingkatan 5, pengikut instagram saya melonjak menjadi 100,000. Kemudian bermulalah jenama-jenama tempatan menghubungi saya untuk buat review produk mereka,” ujar Tasnim Shah yang juga meminati bidang pengacaraan.

FOTO/@TASNIMSHAH_

Perkongsian gaya hidup, tip kecantikan dan #OOTD dibantu dengan paras rupa yang cantik membuatkan Tasnim Shah diminati warga media sosial. Personalitinya yang semula jadi manja tetapi bijak menyusun kata juga membantu kerjayanya ke peringkat lebih jauh.

Menerusi Tasnim Shah Cosmetic, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu memperkenalkan tiga warna premium lip matte yang menjadikan minyak argan sebagai kandungan utama.

FOTO/@TASNIMSHAHCOSMETIC

Lip matte premium yang dilancarkan dengan kolaborasi bersama Huna itu direka dengan ciri mesra wuduk dan membantu proses pengelupasan sel-sel kulit mati di bibir. Ia sekali gus mengekang masalah bibir merekah yang selalu dialami golongan wanita akibat kekeringan.

Tambah Tasnim Shah, idea mewujudkan jenama kosmetik terbit daripada dorongan keluarga dan rakan-rakan yang juga aktif dalam dunia perniagaan.

FOTO/@TASNIMSHAHCOSMETIC

“Vivy Yusof dan Neelofa merupakan ikon hidup saya. Matlamat jangka panjang saya adalah untuk mencapai kejayaan seperti mereka,” idam Tasnim Shah yang pernah menghiasi kempen jenama pakaian Lisa Adam dan Calacara.

Bagi mendapatkan lip matte premium Tasnim Shah Cosmetic, anda boleh membeli secara dalam talian menerusi instagram @tasnimshahcosmetic atau hubungi 017-839 6900. Pembelian juga boleh dibuat menerusi agen-agen yang dilantik secara sah.

Info Harga:
– RM49 (tambahan harga pos RM7)
– RM98 (pos percuma)
– RM140 (pos percuma)

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini