Cantik

Aksi seksi Miley Cyrus dalam kempen terbaharu MAC Viva Glam

By  | 

JENAMA alat solek MAC sememangnya cukup terkenal dengan variasi kempennya yang unik. Justeru, tidak hairanlah jika penyanyi kontroversi Miley Cyrus terpilih untuk menggayakan warna gincu bibir bagi koleksi MAC Viva Glam Miley Cyrus yang baharu.

Keuntungan jualan gincu dan pengilat bibir tersebut akan digunakan bagi membantu wanita, lelaki, dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV dan AIDS. Jadi, tidak salah kiranya anda berbelanja bagi merias diri sambil membantu mereka yang memerlukan.

Mengenakan leotard berkilat, Miley dilihat menggayakan gincu bibir tersebut dengan menjilat (seperti biasa) sebuah bola disko menerusi video yang diterbitkan oleh MAC menerusi laman Instagram rasmi mereka.

Gincu dan pengilat bibir itu kini telah mula dijual di laman web MAC.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *