7 ‘dosa’ kecantikan yang perlu dihentikan

0
24

SEDAR atau tidak, kita sering melakukan ‘dosa’ ketika menjalankan rutin merawat tubuh. Jika anda tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada jelapang kulit anda, ikuti tujuh dosa kecantikan yang perlu anda hentikan dengan serta-merta:

Tidak menanggalkan solekan sebelum tidur
Seletih mana pun anda atau selewat mana pun anda tidur, pastikan anda membasuh muka dengan pencuci dan air bersih sebelum melelapkan mata. Kulit yang polos tanpa calitan solekan dapat bernafas dengan baik ketika anda sedar tidur. Oleskan serum muka atau krim malam untuk meningkatkan penghasilan kologen pada kulit.

Picit jerawat
Mengeluarkan jerawat secara paksa merupakan satu aktiviti yang tidak sihat kepada kulit. Pengusaha Tres Belle Spa, Allison Tray berkata, memicit jerawat bukan sahaja mampu menyebarkan jangkitan berbahaya pada bawah permukaan kulit, malah ia juga mampu menyebabkan penghasilan parut yang kekal.

Oles serum atau krim wajah dengan tangan kotor
Lupa hendak membasuh tangan sebelum anda mencelupkan jari ke dalam balang krim atau serum wajah mampu membiakkan bakteria. Ia bukan sahaja menjejaskan kebersihan produk kegemaran anda, bahkan mampu mengubah kandungan sedia ada yang dikeluarkan daripada kilang.

Tidak memakai krim tabir suria
Krim ini sangat penting bagi melindungi tekstur dan keadaan kulit anda, walaupun anda bekerja seharian suntuk dalam pejabat yang lengkap dengan kemudahan pendingan hawa.

Jilat bibir
Mitos membasahkan bibir dengan air liur mampu melembapkan permukaannya adalah tidak benar. Air liur merupakan ejen terpantas untuk menjadikan bibir anda kering. Justeru, sentiasa bersedia dengan lip balm yang mengandungi cocoa butter yang mampu melembap dan menutrisi bibir secara semulajadi.

Cabut uban
Sebanyak mana pun anda mencabut uban yang mula tumbuh di atas kepala, ia akan tumbuh semula dan masih berwarna putih! Jadi, elakkan daripada mencabut terlalu kerap kerana ia dapat merosakkan akar rambut. Cuba pewarna rambut semula jadi bagi menutup kehadiran rerambut perak itu daripada mencacatkan penampilan anda.

Bercukur setiap hari
Ramai antara kaum wanita yang gemar mencukur dalam kala yang kerap kerana ‘jijik’ dengan helaian rambut yang tumbuh pada permukaan kaki. Namun, menurut Noemi Grupenmager, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Uni K Wax Centers, mencukur bahagian kulit yang sensitif iaitu kaki, ketiak dan bahagian bikini mampu menyebabkan rerambut tumbuh semula dalam keadaan yang lebih kasar dan lebat.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini