6 pilihan wangian Britney Spears berdasarkan situasi harian

0
101

PENYANYI Britney Spears sememangnya terkenal dengan jenama wangian untuk wanita. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagu …Baby One More Time itu telah mengeluarkan sebanyak 16 jenis wangian, termasuk sembilan wangian spin-off daripada siri yang sama.

Menerusi bisnes penjualan wangiannya itu, sehingga tahun 2012, penyanyi kelahiran Kentwood, Louisiana itu telah berjaya meraih keuntungan sebanyak AS$1.5 bilion (RM 5.2 bilion).

Bagi meraikan jangka hayat kegemilangan Britney sebagai pengusaha wangian wanita, Pepatung membawakan enam wangian terbaik daripada penyanyi itu yang perlu digunakan dalam situasi berbeza:

Curious

Curious (2004)
Tagline: Do you dare?
Bau wangian ini sungguh romantik dan tenang. Ledakan bauan manisnya tidak terlalu kuat dan merengsakan deria bau. Ditambah dengan kepekatan haruman magnolia, buah pir dan teratai, anda wajib menggunakan wangian pertama daripada Britney ini ketika bertandang ke resepsi perkahwinan atau majlis makan malam.

Fantasy

Fantasy (2005)
Tagline: Everybody has one
Tidak dinafikan, wangian ini adalah jenama paling popular yang pernah dipasarkan oleh Britney. Menjadikan bau kek cawan dan coklat putih sebagai nota pertengahan, Fantasy sesuai untuk disemburkan sebelum anda keluar menonton wayang bersama teman lelaki.

Britney-Spears-Curious-in-Control

In Control Curious (2006)
Tagline: Are you?
Diinspirasikan daripada wangian asal Curios, haruman ini lebih berani dan urban. Tampil dengan nota vanila, wangian yang dibotolkan dalam balang bewarna hitam dan fuchsia ini menjadikan si pemakai lebih seksi dan sophisticated. Cuba oleskan pada pergelangan tangan sebelum keluar menuju ke pejabat.

britney-spears-midnight-fantasy-30ml-edp-spray-181213

Midnight Fantasy (2006)
Tagline: Magic Begins at Midnight
Wangian sekuel pertama oleh keluarga Fantasy. Ia turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana cantuman bau plum dan ceri masam mampu menambahkan keyakinan si pemakai. Semburkan pada pergelangan tangan ketika menghadiri sebarang majlis pada waktu petang atau malam. Anda pastinya menjadi perhatian ramai.

Britney Spears Believe UB

Believe (2007)
Tagline: The greatest freedom is to believe in yourself
Satu-satunya wangian yang tidak mempunyai sekuel. Kaya dengan nota tangerine dan guava, Believe tampil dengan nada haruman yang kuat sehingga menjadikannya wangian ini sangat sesuai untuk dipakai pada siang hari.

britneyspearsradianceedp1_500x500

Radiance (2010)
Tagline: Choose your own destiny
Nota beri merah dan sundal malam yang diadun bersama memberikan sentuhan lembut terhadap Radiance. Mirip dengan Curious, namun, Radiance lebih enak jika dipakai ketika keluar berjalan-jalan bersama teman pada hujung minggu.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini