11 Magis Nivea Whitening Serum

0
27

skin_pigmentation

SERUM pemutih semakin popular dalam kalangan wanita hari ini. Rejim melindungi wajah daripada sinaran ultraungu (UV) kini tidak lagi berkisar tentang krim pelindung matahari, malah serum juga menjadi keperluan asas kebanyakan orang.

Ia mampu memperlahankan enzim yang bertanggungjawab menghasilkan melanin di dalam kulit. Ia akan mengubah pigmentasi ke atas kulit dari masa ke masa, sekali gus menjadikan kulit lebih cerah.

Serum pemutih juga berupaya mengatasi masalah kedutan pramatang dan kulit tidak sekata. Menerusi proses pencerahan kulit, garis-garis kedutan dapat dikurangkan secara berperingkat. Sekadar peringatan, kedutan tidak akan hilang cuma penampakannya menjadi kurang ketara.

Nivea Whitening Serum daripada Nivea misalnya, telah diperkenalkan setahun yang lalu dan sambutannya amat luar biasa. Kesemua 11 faedah dalam produk ini mampu menjadikan kulit berseri dalam tempoh 14 hari sahaja.

1-NBO SPF33 Serum

 

Berikut merupakan 11 keistimewaan Nivea Whitening Serum:

1) Perlindungan sel UVA dan UVB lanjutan bersama SPF25 dan PA++
2) Menyihatkan kulit yang rosak akibat selaran matahari
3) Diperkaya dengan likuoris bagi menjadikan tona kulit lebih cerah
4) Menjana dan menyokong proses pembaharuan kulit
5) Mengandungi Hidra IQ dan Rumpai Laut Merah bagi melembut dan melicinkan kulit
6) Diperkaya dengan vitamin C semula jadi daripada Camu Camu (50x vitamin C daripada ekstrak lemon)
7) Diperkaya dengan 95 peratus antioksidan derivatif vitamin C asli untuk kulit lebih sihat dan cerah
8) Teksturnya yang ringan dan tidak melekit memberikan penyerapan pantas dan mudah
9) Memberikan tona kulit lebih berseri dan cerah di seluruh tubuh badan
10) Memberikan tona kulit lebih licin dan sekata di seluruh tubuh badan
11) Diperakui secara dermatologi untuk semua jenis kulit

2-NBO Whitening Night Serum

KONGSI
Artikel sebelumnya20 Filem Krismas Terhebat
Artikel seterusnyaMengenang Paul Walker
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini