Cantik

100 Tahun Maybelline New York: 10 solekan ikonik

By  | 
Sebelum1/11Seterusnya

10 Solekan Ikonik 100 Tahun Maybelline New York

15-maybelline 100

MENERUSI pemerhatian tidak sengaja, Tom Lyle Williams berhasil mencipta sebuah empayar kosmetik yang kini mencecah usia 100 tahun. Maybelline merupakan cetusan Williams pada 1915 selepas melihat kakaknya, Mabel Williams mengaplikasikan kombinasi jeli petroleum dan debu arang serta abu gabus yang terbakar pada bulu mata dan kening.

Tom Lyle Williams

Tom Lyle Williams

Kejadian itu telah menginspirasikan Williams untuk menghasilkan alat solek untuk wanita. Maka terciptalah Maybelline Cake Mascara (maskara) moden pertama. Jenamanya juga meminjam nama Mabel sebagai tanda inspirasi terhadap kelahiran Maybelline.

MAYBELLINE Cake Mascara yang dikeluarkan pada 1917.

MAYBELLINE Cake Mascara yang dikeluarkan pada 1917.

Kini, Maybelline (dijenamakan kepada Maybelline New York) mengungguli pasaran kosmetik global. Ia juga menghuni kedudukan pertama dalam kategori kosmetik warna di dunia. Rangkaian produknya juga boleh didapati di lebih 129 buah negara.

Bersempena ulang tahunnya yang ke-100, sebanyak 10 solekan ikonik Maybelline yang mewakili setiap dekad (bermula dari 1920-an sehingga masa depan) dihasilkan untuk dijadikan rujukan dan inspirasi ramai termasuk wanita Malaysia.

Bahkan, butik dalam talian tersohor di Asia Tenggara, Zalora turut menjadi rakan kolaborasi Maybelline New York sempena ulang tahun tersebut.

Bukan itu sahaja, malah bagi meraikan momen bersejarah ini, Maybelline Malaysia turut menganjurkan peraduan Maybelline Look of Today #MYMAYBELLINE100. Seramai 100 pemenang akan dipilih bagi menghadiri majlis Ulang Tahun ke-100 Maybelline. Pemenang utama pula akan dipilih dan diumumkan pada majlis tersebut.

Para pemenang berpeluang untuk memenangi produk-produk Maybelline bernilai RM1,000. Bagi membuka peluang anda, ikuti langkah penyertaan berikut:

1) Ambil gambar selfie bersama versi penampilan ikonik anda hari ini
2) Muat naik foto di laman Instagram anda dan hashtag #MYMAYBELLINE100 serta tag/mention @MaybellineMalaysia

Seramai 25 pemenang mingguan akan diumumkan di laman Instagram, Facebook dan Tumblr Maybelline Malaysia. Peraduan ini berakhir pada 30 April 2015.

Kredit foto: Facebook Maybelline MalaysiaMaybellinelookbook / Buzzfeed

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *