PENYANYI Zizi Kirana sering dikecam kerana berpenampilan seksi. Sungguhpun begitu, tuan empunya badan itu tidak pernah terkesan dengan cakap-cakap negatif banyak orang. Malah, Zizi yang kini popular dengan lagu Nak Ke Tak Nak masih selesa dengan imej tersebut.

Begitupun, menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini, Zizi dituduh sebagai contoh seorang munafik yang memperlekehkan perintah Allah. Hal ini berlaku apabila Zizi memuat naik video yang menampilkannya bertudung sempena kedatangan Ramadan.

Ada yang memuji dan ada juga yang menyelar tindakannya itu. Seorang pengguna dengan nama Instagram @ahmadalarfan berkata: “Ni contoh munafiq yang perlekehkan perintah Allah,” katanya.

Namun demikian, masih ada yang memuji Zizi dengan mengatakan wanita tersebut cantik menutup aurat.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini