Hiburan

Zayn Malik undur diri, One Direction kini berempat

By  | 

MUNGKIN ini merupakan berita paling menyedihkan buat peminat-peminat One Direction. Salah seorang daripada anggotanya, Zayn Malik mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut setelah lima tahun bergerak bersama.

Menerusi status terkini akaun Facebook rasmi One Direction, mereka berkata:

One-Direction

Kami berasa sedih dengan pengunduran Zayn. Namun, kami menghormati keputusan itu dan mendoakan yang terbaik untuknya pada masa depan. Sepanjang lima tahun, kami lalui segalanya bersama dan kami akan terus menjadi kawan.

Empat daripada kami akan meneruskan perancangan untuk merakamkan album baharu serta berjumpa dengan peminat-peminat di seluruh dunia menerusi konsert jelajah,” ujar mereka.

Dalam pada itu, Zayn berkata:

Kehidupan saya bersama One Direction merupakan satu perkara yang diluar jangkauan minda. Tetapi, selepas lima tahun, saya merasakan ini merupakan masa yang sesuai untuk mengundurkan diri. Saya ingin memohon maaf kepada peminat jika keputusan ini membuatkan anda semua sedih. Namun, saya perlu melakukan apa yang saya rasa betul.

Saya meninggalkan One Direction kerana saya mahukan kehidupan seperti individu normal berusia 22 tahun yang lain. Saya mahukan privasi. Saya tahu saya ada kawan sehidup semati dalam diri Louis, Liam, Harry dan Niall. Saya yakin mereka akan menyambung usaha One Direction untuk terus dikenali di mata dunia,” ujarnya.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

1 Comment

  1. Pingback: Tinggalkan One Direction bukan sebab privasi, Zayn Malik pembohong? | Pepatung

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *