Yuna kini tunangan Adam Sinclair

0
138

PENYANYI negara berpangkalan di Amerika Syarikat, Yunalis Mat Zara’ai (Yuna) mengikat tali pertunangan bersama Adam Yousof Sinclair di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

Yuna, 30, dan Adam, 32, berkenalan di set rakaman untuk sebuah iklan televisyen pada awal tahun 2013. Ketika itu, Adam bertindak sebagai direktor.

FOTO/ZEL ATIF
Perkenalan yang bermula sebagai sahabat bertambah rapat dan menjelang akhir 2015, mereka mula merancang untuk berkahwin. Selepas kedua-duanya saling mengenali keluarga masing-masing, upacara merisik telah diadakan pada 27 Mac lalu.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan lancar. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam.

“Ini merupakan momen yang sangat manis bagi saya kerana ia merupakan langkah pertama untuk kami hidup bersama. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan lelaki yang amat penyayang dan baik hati.

FOTO/ZEL ATIF
“Adam merupakan rakan karib saya. Sepanjang perkenalan, dia sentiasa mewarnai hidup saya, membuat saya senyum dan ketawa. Saya gembira untuk bergelar isteri kepadanya kelak, InsyaAllah,” kongsi Yuna menerusi satu kenyataan rasmi.

Pada majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat itu, Yuna menyarungkan persalinan rekaan Hatta Dolmat. Adam merupakan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair dan pengacara serta penyampai radio, Aishah Sinclair.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini