Wany Hasrita terima Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan

0
134
FOTO/@wanyhasrita

PENYANYI yang popular dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita menghadiri istiadat konvokesyen Universiti Sains dan Perubatan (MSU), Shah Alam, semalam.

Wany atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan selepas menuntut selama tiga tahun.

Ditemani ibunya, Wany, 24, memberitahu kerjaya seninya tidak mengganggu jadual pelajarannya memandangkan kesemua promosi dan persembahan dilakukan selepas peperiksaan dan latihan industri.

Selepas kejayaan Menahan Rindu, single duet Wany bersama Tajul, Di Sini Cinta Di Sana Rindu juga meraih populariti memberangsangkan.

Selain sibuk dengan kerjaya nyanyian, Wany turut merancang untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana serta memasang cita-cita untuk bergelar pensyarah.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini