SEKITAR tengah hari tadi, barisan selebriti yang dilantik Jakel sempena kempen Jakel Barulah Raya telah menjayakan sesi lelongan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchaAwaLara), Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar, Harith Iskander, Janna Nick dan maskot Upin Ipin bersama-sama melelong pakaian raya di Jakel Mall, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, koleksi kain tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden.

“Melihatkan keadaan ekonomu yang sangat mencabar, ramai penggemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif.

“Justeru, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat,” jelas Faroz pada majlis sembang santai kempen Jakel Barulah Raya.

Sempena ulang tahun ke-10 Jakel di Kuala Lumpur, pelanggan bakal menikmati potongan harga sehingga 85 peratus untuk produk pakaian sedia pakai yang direka khas pereka-pereka Jakel sendiri.

Jualan hebat sempena hari raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekali gus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik.

Koleksi baju Melayu yang ditawarkan adalah serendah RM89 termasuk pemberian samping percuma berserta butang baju Melayu. Peminat kurta juga boleh mendapatkan rekaan kurta Hairul Azreen dan Awal Ashaari pada harga RM100 untuk dua helai.

Tidak ketinggalan, baju kurung wanita yang ditawarkan bermula pada harga RM79 sepasang. Kanak-kanak pula boleh bergaya comel menerusi koleksi Lara Alana dan Yusuf Iskandar yang bermula serendah RM39.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jakel.my atau ikuti Facebook Jakel atau instagram @jakeltextile.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini